Sunday, December 23, 2012

i'm home bebeh!

assalamualaikum wbt

wallaaah.. this is it.! :D gaya farah terus. hahaha. well oh well. where am i right now? i'm home!!! hehe. dari hari khamis lepas lagi tapi takde internet . ada pun tumpang abang aku punya broadband. terima kasih daun keladi. weheee ^^

aku balik sorang-sorang. yes. dari kuching ke miri. alaaa.. setakat tu je kot nak bangga. ehemm aku tak bangga. even naik bas. NAIK BAS ok? aku duduk dalam bas tu selama 14 jam yang hakikatnya perjalanan adalah selama 10jam sahaja. aku awal-awal lagi kegembiraan jadi rasa nak jerit dalam bas sebab lama sangat.

yang agak kureng di sini, keadaan dalam bas. aku memang tak makan dalam bas sebab aku takut muntah lagi-lagi aku sorang. lau ada apa-apa payahnya, aku juga -_- dah tu. boleh pula la orang dalam bas tu makan durian! arghhhh aku memang peminat durian ke, tempoyak ke. yang aku tak dapat terima, bau tu. aduihhh. semerbak amat dalam bas. aku nak tutup hidung duapolohempat jam meme tak ah. aku bersabar dan buat cool. cool sangatt. fyi, tempat duduk aku kat tepi bahagian tengah. mula-mula bahagian dalam tapi tak tahan sejuk aku beralih ke dalam. uhhh.. sukahati je orang langgar aku. aku nak marah, tapi aku rasa macam tak berbaloi. jadi berdiam diri. hmm 

dan akhirnya aku sampai ke miri jam 1.30 am. dari jam 10.00 am bertolak. bayang betapa kerasnya punggung nak duduk atas kerusi tu. nasib aku tak naik kereta kuda. -.- sapa suruh nak balik juga. 

tak plan pun nak balik. ikut kira, nak balik minggu depan, 25hb. tapi atas perbincangan dengan roomate, alang-alang menyeluk pekasam, aku terus berenang-renang. hahahha apalagi, aku gitau ngan mama yang aku decide balik hari khamis pagi tu. malam rabu aku bagitau. huhu. mama agak risau juga, yelah anak daranya sorang naik bas. dah tu aku bagi keyakinan dengan mengatakan, "ma, janganla sebut. jangan risau, aku ambik bas pagi" sebab aku assume awal sampai around 9pm but then, still 1.30 am. apapun alhamdulillah :) aku dah sampai dah ne. hehe.

macam biasa, takdenye nak enjoy sebab final is coming another 10 days left :) insyaAllah jadual ni akan dipatuhi, hehe, that all from me. salam.


Sunday, December 16, 2012

since aku budak sains

assalamualaikum wbt.

budak sains berbeda dari budak medik. dari ejaan dah tau la =.=' kalau kat unimas, kampus utama ni boleh beza dia budak engineering, budak seni, budak IT dan budak FSTS also etc. fakulti sains dan teknologi sumber. fakulti aku. boleh kenal sebab most of us pakai  spek. ehh? aku pun baru perasan sejak hampir 3 semester kat sini. memang kot. kot kot. kan..

dan semenjak aku berkecimpung dalam bidang ni, aku rasa semakin aware dengan keadaan sekeliling. P-O-Y-O & B-A-J-E-T. ok tipu sangat. hahah. aku agak sedar dengan kondisi badan aku la. aku rasa sangat bersyukur kerana masih di bagi pancaindera yang sempurna. ramai lagi yang kurang upaya di luar sana samada zahir atau batin. eh yang tak nampakla. bukan batin =.=' 

asal masuk kelas, ada saja penyakit2 baru yang muncul. baru aku tau la. bukan kitaorang discover. dan benda ni buat aku sedar, dari sekecil-kecil kesalahan dalam badan boleh binasa seluruhnya. dan subhanallah! Allahuakbar! sungguh terperinci penyusunannya dalam badan kita. dengan tertutup kemas dengan tisu dan terlindung dari segala ancaman luar. dan apa yang diciptakan ada hikmahnya. alhamdulillah ya Allah. segala puji bagiMu, Tuhan sekalian alam :)

dan bayangkan kalau ada yang tak tertutup, tak ke keluar organ2 tu *_* tak ke geli. euw euw. that why la, manusia ni sebaik-baik ciptaan. appreciate it guys. but how? dengan selalu 'menggunakannya ke arah yang baik' agar tidak dibakar di dalam api neraka. nauzubillahi minzalik. minta dijauhkan lah kan.?

dahla kita hamba, nak tunjuk lagak. adu adui aduui. sedar ye aten. badan ni pun aku pinjam. huuu kerdil amat diri ini. :(

dan kesimpulannya, dengan belajar sains dan etc dapat meningkatkan kepercayaan dan sayang kita kepada Allah :) namanya, jihad fisabilillah. ini saja yang aku dapat sumbangkan kepada agamaku, Islam. duit dan harta aku tak ada. dengan adanya ilmu di dada, akan ku usaha untuk memartabatkan umat Islam. tak semestinya bidang lain tak macam ni. terpulang kepada individu punya pendapat nak menghargai dan mengaplikasikannya di masa depan dan untuk manfaat kita di dunia lain nanti ^^

selamat beramal. 
aten


Saturday, December 15, 2012

my saturday

assalamualaikum wbt. 

bulat-bulat?

satu kecik dan 8 bulatan besar?

after 30 minutes, 

i have another rose brooch . yeay! 

dahla buat benda ni atas lukisan isi burung puyuh yang tak siap. hahah :D  well oh well. boring kan :P belajar katanya.. 


daripada aku beli, baik aku buat sendiri :) nampak tak betapa banyak bunga di taman? hihi


boleh jadi hiasan beg yang tak berapa nak cantik :P kan?


dan lukisan aku pun dah hampir siap after buat bunga. hihi dua dalam satu. :)

happy saturday dan selamat beramal! :D







Friday, December 14, 2012

husnozon

assalamalaikum warahmatullahhiwabarakatuh :)

alhamdulillah shat je kan. baru rasa free sikit nak tulis. haha aku tipu. sangat tipu sebab selama ni ada je masa dan menghabiskannya dengan menonton ouran high school dan makan tak henti2. =.='

aku tadi ada lab session. bedah burung puyuh, katak, tikus dan ikan. but, sebab 10 orang satu group, kitaorang pecah2. aku ambik part burung puyuh. seriesly, penat! perlu konsentrasi yg tinggi supaya darah tak banyak keluar. tapi akhirnya, banyak juga sebab nak keluarkan jantung T_T dan untuk lab session kali ni. we do it with our own money. money money money. wei wei, memang lah kan agak pelik, aku study kat u tap lab session duit sendiri. well, semua tempat ada kekurangan dan kami satu kelas setuju untuk melakukan lab ini. alaaa, rm5 sorang je kot. berbanding reload rm10 habis 3 hari. hah? rm5 untuk long life experienced and it cheap. kan.?

aku kesian dengan burung tu waktu nak ambik blood sample. kawan aku nak juga ambik, tapi aku tak bagi sebab burung tu merontaa2 nak minta lepas lepas dengar 'kawan' dia punya suara waktu team lain ambik darah dia. wuuu T___T but after 30 minutes, aku yang gunting kulit dia dan mula disect. what to do. i do choose this pathway and i have to face it. 

dan sekarang, ada lagi 21 hari untuk final. aku sekarang tengah sebok menaip. yelah, nak update. kan? aku takut. tapi alhamdulillah sebab rasa takut ni aku sedar. dan waktu akhiir2 ni la macam2 benda berlaku.

kawan. sapa yang takde masalah tentang kawan? put ur hands up! aku ada masalah atau aku yang bermasalah dengan mereka. =.=' huu seriesly aku makan hati. tapi, tu la kawan. aku tak tau macaman nak 'ambik remeh' dan 'buat biasa2 je' bila berdepan.  takpe, terima kasih kawan. at least i know, u do concern about me secara tak langsung. hidup apa motif? bukan kerana seorang atau sepuluh orang aku dah jatuh. never ever. so, solusinya aku jauhkan diri. aku minta maaf kalau kehadiran aku buat korang rasa annoying. aku minta maaf. 

aku masih ada askar pertahanan, 10 orang kat belakang aku, keluarga tersayang. dan bakal jadi askar aku, beruang yang tak pernah2 jemu dengar aku membebel dan bagi nasihat. apa yang penting, mencuba yang terbaik untuk menjadi orang yang baik. kita tak rugi pun. kita untung apa. kan.?

husnozon. bersangka baik. walaupun apa yang berlaku. biar teguh, ku takkan rapuh, walau ramai mencemuh.  jihad fisabilillah :)

aten,

Tuesday, November 20, 2012

aku budak biotech ke?

assalamualaikum,

setahu aku lah kan. aku dah lama tak tulis apa-apa. atau aku yang tak nampak post yang aku tulis :P semalam aku ada exam midterm advanced biochemistry. ADVANCED. sangat advanced sampai aku rasa nak jerit waktu jawab soalan. adoyaii.. objective laa yang aku lemah kalau exam ni. =.=' aku jawab. bulat-bulat atas OMR. belek punya belek.. bila pula soalan nak habis. ingatkan 40 - 50 Q je sebab ada structure dah tu masa 1 jam 45 minit. sekali  aku belek sampai habis, hmm 60 soalan yang MENGUJAKAN! sangat, kan...

aku memang hampir khatam buku, tapi waktu exam aku tak dapat jawab macam paper lain. sedih =,=' ni baru midterm fatin. boleh baiki lagi. huhu i will..

sometime aku fikir, aku ne budak biotech ke? aku kureng sikit kalau bab baca journal, nak mengulansnya lagi la aku 'pakar'. haa aku dah mengadu daa.. ah sudah tu sudah. yang penting aku masih sempat belajar kan? ada lgi orang yang tak sempat nak belajar. alhamdulillah syukur.

esok aku ada paper lagi, elective course aku. introduction to medical genetics. pun aku tak sentuh lagi =.=' rasa-rasa pintar, geliga lagi bijaksana lah sangat. hmm. lagi pening lagi pusing. badi exam kelmarin tak habis :P ngehehe alasan tak munasabah sangat.

novel aku dari minggu lepas. :)

salam ;)

Wednesday, June 6, 2012

tak sabar!

assalamualaikum.

lagi tinggal beberapa hari nak final. wtfish. aku masih lagi sentiasa skip jadual aku buat. nasib semua subjek aku dah sentuh. huuuu :3 kalau mak tau, memang marah la kan :P

sangat rindu orang sampai sebuuuuuuuut je selalu nama-nama mereka termasuk dua makhluk berbulu! bobo dan mimi. tak sabar.. hehe.

balik minggu depan ne balik. i can't wait. but, to make sure aku balik buat mama bapa senyum. study lah kan? huuuuuuu... rasa mau menjerit!!! sebab rindu yang teramat. sampai tweet hari-hari mention nama parents :(

semoga my parents and family always in good condition! love them. :)

macam muka mak orang tak? it could be my face next 20 years :P in20years.com
so, till then :)

assalam

Tuesday, May 29, 2012

100 hari sebelum kematian

assalamualaikum.

semoga semua diberkati illahi. aku lagi sedang release stress muscle yang dari tadi tengok screen laptop. need to read the notes on the screen because my printer out of ink! ok, aku telebih =.='

aku jujur, aku jenis yang sangat jarang tengok movie SAMPAI HABIS. sebab, aku akan ambil masa lebih kurang 3 atau 4 hari untuk habiskan satu movie sebab aku rasa bersalah tengok movie. nak belajar la katakan. insyaAllah.so, aku rasa bosan dengan movie tu jadi aku tak habiskan. heee 

tajuk entry ne, tajuk movie aku tengok after study. aku sangat rasa . . . (speechless)

let me tell you tanda-tanda sebelum kematian.

  • 100 hari sebelum kematian- bergegar seluruh badan dari hujung rambut sehingga hujung kaki bagi hamba Allah yang dikehendaki. namun, bagi mereka yang lalai.. petanda ini akan pergi bersama kelalaian mereka. 
  • sesungguhnya ada hikmah kenapa dilarang tidur selepas asar. apa yang aku sedar, sebenarnya Allah nak bagi kita petanda bahawa kita akan dicabut nyawa dan beribadat kepadanya. peringatan bagi kita, ajal maut di tangan Allah. semoga kita bukan dari golongan yang lalai. aminn 

  •  40 hari sebelum kematian - berdenyut bahagian bawah perut selepas asar kerana sudah terjatuh 'daun' dari pokok di Arasy Allah. ketika ini, Allah telah menyampaikan kepada malaikat maut untuk sentiasa melihat kita dan mengekori kita. 
  • waktu ini, bakal tetamu Allah akan merasa diekori dan mula merasa kebingungan dan risau mengenai dirinya seakan-akan tahu mengenai 'jemputan' ini. namun bagi yang lalai, tidak merasa apa-apa. nauzubillah.

  • 7 hari sebelum kematian - berselera ketika makan selepas lama tidak berselera. 
  • jadi beringat ketika makan, walaupun kita tengah menghadap rezeki dari Allah. ajal maut tidak mengenal siapa kita. baca doa sebelum makan, insyaAllah kita masih ingat kepada Allah ketika nyawa dihujung tengkuk. 

  • 3 hari sebelum kematian - pada waktu selepas asar, berdenyut di tengah dahi, mata kurang bersinar, hidung dan telinga jatuh (hilang seri). kaki mula terlunjur ke depan. pada waktu ini, kita insyaAllah akan menyedari kita tidak akan bertemu dengan asar pada keesokan harinya.

sesungguhnya, terputus amalan seseorang itu apabila sudah meninggal kecuali tiga perkara:
  1. amal jariah
  2. ilmu yang bermanfaat
  3. doa anak-anak yang soleh.
kawan-kawan, apa yang penting percaya pada qadha dan qadar. ketentuan Allah tiada yang dapat menghalangnya. entry ne cuma nak berkongsi ilmu yang aku dapat hari ne. semoga kita sentiasa beringat, dunia hanya sementara, akhirat itu yang abadi. dunia ini tempat kita mengumpul amalan sebanyak mungkin. aku juga baru sedar, tujuan kita yang utama ialah Janatullah. Aminn. 

semoga kawan-kawan beroleh manfaat baca ne :) dan yang penting, semoga kita sama-sama menyedari bila pemergian kita nanti dan menyediakan diri kita menghadap pencipta. ingat, APA YANG PALING DEKAT DENGAN KITA ADALAH MATI.  ingat mati dapat pahal tau. kalau aku takde nanti, doakan aku baik-baik di sana nanti :D insyaAllah. 

assalamualaikum :)



persediaan

untuk itu :)


untuk final =.= kidding



























Sunday, May 6, 2012

sweet sour

now i'm happy. because i still can breath. still can see and of course still can typing. busy with the tasks, assignment. it normal babe :) at least i still can study laa. syukur kepadamu ya Allah. sebelum ini aku agak sedih. sangat kot. you can read my previous post. nearly give up. just because one question. soalan yang menentukan kehidupanku. mungkin sebab kami adik beradik tak pernah tanya soalan itu,

 " salam pa. nak tanya, tapi sebelum tu aku minta maaf. kalau aku nak kahwin awal, bapa benarkan ka?"

kalau di tempat tinggal aku, memang guna 'aku' dengan parents. bukan rude ok? hmm berani kan aku tanya bapa? sebab aku tak nak biar lama2. kalau memang lama lagi, biar jadi kawan saja. sayang nak tinggalkan? kalau kita percaya kuasa yang Esa, InsyaAllah. tiada yang susah jika dipermudahkan.

respon? agak pedih. sakit. segla rasa ada. macam aku tak nak belajar lagi. childish? i am. aku memang masih mentah. sebab tu aku nak mengurangkan beban dosa mak ayah aku T__T 

penerimaan? it really takes time! sangat =.='' benar ungkapan ini, sabar itu separuh daripada iman. biar pedih menelan tapi nanti kita akan tahu hasil manisnya. insyaAllah.

jawapan yang negatif buat aku tak tenang nak study. sebab aku sayang parents aku. family aku. one and only i have. never replaced. jadi, aku bagitau dia. aku nak jadi kawan je. tak suka macam ne lama2. kalau betul sayang aku, jangan contact aku lagi. jangan telefon aku lagi. jangan ada apa2 lagi. but, please do call my father. you know what? at the same day, he called my father! >.<

aku sebagai anak sangat takuttt sebab aku tau ayah aku macamana. tapi alhamdulillah.. ayah aku bagi jawapan positif. aku sangat terkejut. ^__^ seriesli, ayah aku sangat tegas. aku tak tau macamana dia cairkan hati ayah aku. mereka berbual sampai tukar gambar lagi. alhamdulillah. tapi ini baru je permulaan. minta kebenaran keluarga dahulu. bukan main ambil terus. kan? anak orang ne... tak perlu nak gembira sangat sebab ajal maut, kuasa Allah! 

jadi sekarang ne, aku fokus belajar sebab kami dah janji ngan ayah aku nak bagi 'cantik' punya pointer. after cuti baru runding. 

ya Allah, jika benar dia  jodohku.. kuatkanlah iman kami. jika dia bukan untukku... tabahkanlah hati kami menempuhnya. amin

p/s: redha ibubapa itu sangat penting dalam belajar. ilmu yang berkat dan direstui insyaAllah berjaya di dunia akhirat :D

Tuesday, May 1, 2012

hello kitty! :D

A Super Good News to all Hello Kitty Fans!!

I believe a lot of you girls and guys searching around
where to grab for Hello Kitty items in Malaysia for a really
long time…

And today…

Finally… Hello Kitty Malaysia is here..!

They are having pre-launch right now and as a special
pre-launch offer, you can have RM5 voucher and bonuses like
Cute 3D Hello Kitty Model at zero cost. If you don’t believe me
check it out for yourself here, while it’s still available:

==> http://www.hellokittymalaysia.com

This special pre-launch offer is valid only till the launch day,
after which it may be taken off completely. Stop reading this now,
and go to the Hello Kitty Malaysia website and claim all voucher
and bonuses now:

==> http://www.hellokittymalaysia.com

If you’re reading this blog post too late, then you may have missed it.
Don’t leave a comment to complain because there’s nothing I can do.
I DID tell you it’s a limited offer :)

Sunday, April 22, 2012

motivasi untuk kita :)

assalamualaikum,

hari ne ada ceramah.. umm aktiviti la kot. peribadi terpuji. sangat boring untuk fasa satu tapi fasa dua baru best.. ngee :3 sampai nangis.. bukan sebab best sangat.. tapi sedih :(

membuatkan rasa sedar dan insaf.. dalam video tunjuk yang kita kat dunia ne tak tau bila kita mati dan sempat ke tak berbuat baik... dan mengajar kita menhargai orang di sekeliling kita. especially parents dan famili. mereka je la yang sentiasa bersama kita walau apa pun yang berlaku. baik buruk mereka, mereka la darah daging sendiri. memang takde yang sempurna dan baik, tapi kita boleh memberikan yang terbaik.yang ne video yang aku tengok tadi tapi, sedia tisu. confirm nangis!





dan apa yang buat aku ter-inspired hari ne, mengajar aku sentiasa buat yang terbaik dalam apa je yang aku buat. tak kira aku gagal atau tidak, tu la usaha yang aku lakukan. that is myself. who i am. kita perlu gembira dan menghargai anugerah kehidupan yang diberi. yelaa. kan kita bersaing dengan sejuta lagi sebelum melihat dunia? bersyukur kepada yang Esa. alhamdulillah.

dan paling sedih sekali bila sentuh tentang ayah. aku sangat sensitif kalau pasal parents. ayah aku pernah cakap, "tak perlu sayang ayah, sayang ibu je dah cukup untuk tunjukkan kamu sayang ayah" . aku terkilan ayah cakap macam tu. tak sangka sampai begitu sekali ayah cakap kat aku. T__T nak nangis. ayah memang seorang yang paling sabar, tabah dan kuat. sayang ayah sangat2! 

dalam hidup kita sehari-hari, kalau kita fikir kita ne tak sempurna mana, kita tak percaya diri kita.. siapa lagi yang nak percaya kita kalau bukan diri sendiri dulu? percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan. hihi ^^ kita mesti ingat, kalau orang lain boleh... kenapa kita tak boleh? kalau orang lain boleh kurus ... napa aku tak boleh? kalau orang lain dapat A, napa aku tak boleh? it already in our body but it need push and force from ourselves. ok? banyak lagi orang yang tak upaya tapi masih berusaha nak mencapai even kudrat yang kurag sempurna. renungila.. :)

even orang kata ungkapan 'nothing is impossible' tu tak boleh pakai sebab tak boleh stapler air kat pokok... apa salah kita try dengan ilmu yang kita dapat, insyaAllah kita boleh stapler air kat pokok.. who knows if we not try??? fyi, water already  in the tree. maybe there is reason why we cannot staple the water to the tree =.=' such a lame example. but it example rite? 

trust yourself. love yourself. love your future. insyaAllah you know what is the sweetness in the life and for akhirat :)

salam 

p/s: there is no perfect father, but father always love perfectly. :'(

Saturday, April 21, 2012

keputusan

assalamualaikum..

syukur kepadamu yang Esa. masih memberi kudrat yang masih kuat menempuh hari. hari berlalu semakin sempit. mungkin sebab aku sendiri yang makin menyempitkan keadaan.

sekarang lagi dalam dilema. tak tau apa nak cakap. dua-dua perkara ne memang menambah pahala. krsus kahwin dan jadi guru kat sekolah angkat. sesungguhnya rasa kerdil bila imbulnya masalah. benar, Allah yang maha mengatur terhadap semua yang ada di muka bumi ini, aku siapa =.='

tanya ramai orang... orang akan kata kursus kahwin tu ada merit ke? jadi guru kat sekolah angkat ne ada merit. mungkin masih boleh stay kat kolej for next semester. 

kalau kursus kahwin pula, sebenarnya nak menyenangkan urusan bila waktu cuti ne nanti. kemungkinan besar ingin mendirikan masjid namun semua itu diluar dugaan kita sebagai hambanya. kan? lagipun, kursus ne limit only for 150 students. with rm30 fee. cheap? yes. :)

tapi, agak tersentap juga bila ada insan yang memberi nasihat. beliau berkata.

"kalau kursus kahwin, semestinya penting tetapi macam mementingkan diri sendiri. kalau sekolah angkat pula, boleh bantu adik2 upsr yang nak exam tak lama lagi"

aku sedar. betul. aku seharusnya yakin pada kuasa Allah. jika benar Allah mengaturkan sesuatu itu, pasti terlaksana. kun fayakun. subhanallah. 

seandainya hubungan ini bisa membawa ku  ke syurgamu yaAllah, aku terima dengan hati yang kerdil. sesungguhnya Engkau mengaturkan sesuatu yang tersirat bagi umatmu. Allah telah pun menentukan pasangan setiap hambanya sejak dalam kandungan ibu lagi :)

apa perlu aku risau jika tidak pergi kursus? jika memang dia tersurat menjadi imamku, menjadi pemimpinku, menjadi teman di syurga nanti. tiada yang dapat menhalang kebesaran dan kuasanya. 

jodoh di tangan Allah.

semoga niat ingin membantu adik-adik ambik upsr ne membuahkan hasil kepada mereka. amin :)


Monday, April 9, 2012

listen to me for awhile.


i know it hard to listen to my whisper. i know that i'm not good enough for you to pay your attention.

you never try to listen first then you always give you answer rather than listen to my question is. it too hard to  imagine because you are the people i love the most. i can't resist for what you did to me. it make  me die slowly.. my heart..my soul.. broken into pieces. you never try to know the truth.

asking doesn't mean it the finale. i'm just asking. it too hard to hear your voice. i can't stand it anymore. you're are loveliest for most people in the world but me. you are the one that teach me what is love.

you, one word you give to me is the potion that boost myself to live. but recently, your word make my day sorrow and darker. i don't why. i know it a sin to feel like that to you. it really. . .


i ask forgiveness with the deepest of my heart because i can't talk to you.

you said that you never forgive me for what i've done. i never try to throw you away. never. but, you always in my heart. even you never accept me as part as your life.


i know that i'm different from the others. never make you happy rather than always make you sad and angry. i know. i'm not the happy news for you. i always the nightmare. maybe...

i just want you to know, please listen to my heart. even for a second. just for awhile. because you are the one that give me the first love in the world. and i want you to feel the love from me. even a drop of it.

i am very sorry if i'm not the one you want in this world. you always mention that. why? if you scared that i will ruin your life, why you give me this life? but i always remember, everything happen must be reason behind it.

i hope that you will always happy. always smile with the people around you. i hope you can read this even i know it impossible.

for the one i loved the most,
***


Friday, April 6, 2012

alone

assalamualaikum.

it could be HEAVEN for those who go back home. but not for me and the 'others'. alone at this home for 1 week. don't have any plan for the next day except do my assignment. have to do it =.='

want to spend my day with my friends but my money... in the dangerous state. :'(

masum, majlis sukan universiti malaysia kena buat di sini. tapi, macam tak best. i donno why. hewhew :3 i already ask my parent want to go back but they seems like didn't give the right answer for that question. so, i just remain silent and keep watching my friends bring their bag/luggage out from this house.

sangat. sangat. sangat. tak tau nak cakap apa laa.

dia pun akan sibuk. latihan berterusan. even we are closer but we cannot see each other frequently. dear u, take care waktu training. okey? hmmm.

that it.
salam

Wednesday, April 4, 2012

Tuesday, April 3, 2012

masjid

assalamualaikum.

kehidupan yang tidak sama dari hari ke hari. semakin sibuk melayan diri dengan menambah ilmu di dada. tanpa peduli orang di tepi. uhh. penat jika mahu lakukan kedua sekali.

saban hari memikir membangun masjid. rindu yang terpalit kian warnai hati. takut dek terlebih bisa terhapus dek hujan yan membasah. ya Allah, permudah urusanku. benar aku sayang dia, namun amanat ini bukan ringan bagai kapas ditiup. tidak juga seperti memikul beban di tangan. amanat ini berat bagai memikul badan sendiri. perluku hati-hati menjinjing. takut yakin biarkan ku jatuh tanpa bau.

aku lemah.

hati meronta,
angin sampaikan rinduku andai benar dia bisa pimpinku.

ya Allah,

perdekatkan jodoh kami, jauhkan kami dari maksiat, fitnah dan zina.

andai ini persuratan mu ya Rabbi, akan ku galas selemah-lemah imanku. perlembutkan hati kedua ibubapaku. agar mereka restu. amin.

Monday, February 13, 2012

recent.

salam.

now, counting day to day to start my new session for student. my second semester for sure. it been a long time since the last post. no internet connection at my house. so, humbly.. my daily routine is. pick up shits of my cats, bobo and mimi =.= if i just let them handle their own 'product' . . . i think, my cats will be so messy. ugghhh.

feeding them is my first thing to do in the morning. because they keep 'mmeoowwing' until i let them in.

syukur alhamdulillah i still can study. i can't wait to study and finish my semester to semester. and waiting my big day. :) sangat bersemangat la pulak dahh :D

and what makes me really worry rite now is. maybe i have to stay out of the college. honestly, i'm not ready 100% to be totally INDEPENDENT! but, i have to be strong and tough for whatever in front of my eyes.

be strong fatin :)

insyaAllah.

Monday, January 16, 2012

Sunday, January 15, 2012

silence


silence is gold. is it?
you never give me a chance to give a word.
never ask me what i like.
*sigh
everything will be alright if we know what the end of it.
regret or accept.


to be .. . ..

insyaAllah. soon to be.. . :)

p/s: don't make any assumption babe :D

Thursday, January 12, 2012

the power of imagination

today. remember the date.

there so much things in my head. maybe this is the 'test' before the test. i know Allah know the best. i don't have to regret for what happen lately. He always know what the best.

i feeling down right now. i know, i have paper tomorrow. i hope i can make it. i know i can do it if i want to. please give strength to through all of this ya Allah. i know that i'm not strong and maybe the weakest among them :( poor me.

if i cannot stay in this place,

i hope that 'they' allow me to build a tent to let me stay and be my shelter. i've nowhere place to go.


it cool babe!
maybe i can stay in front of minimart in the tent because it near to public toilet, surau and grocery store for sure. it will make me ease my daily routine with those facilities. yeayeahh *___*




or i can stay on the boat. sleep and eat on it. catch the lake's fish. emm forget it. i don't think so i want to eat that creature from our lake. i love them. i think i want to sell fish food so the money that i earn is for my pocket money. hope so. :)

live in the boat on that lake. wohooo >.<



and my roommate also suggest this smart idea. hehe. living in our huge golf field. hehe using the golf cart. well, it good right than walk to class or faculty. hehe. using the raincoat if it raining. kan shai? mine pink and yellow is yours.

the FIRST CLASS!


mine to be :PPP

uhhh.. if it easy as we spell it out. give me strength. there are so much 'things' will come to me soon. in this world nowadays too hard to find the 'fair and square'. if you have the power, you are the winner. but me?

"aku orang kecil, engkau orang besar. kau ibarat GAJAH, ku hanya semut merah"

you have to admit that fatin. now, just pray to Allah.
semua ada hikmah.
senyum.
walau berat.
tabah.
walau lemah.




Wednesday, January 11, 2012

Tuesday, January 10, 2012

the differences

now, i realize the differences of me lately. you can see and compare it with those pics =.='

17 December 2011


19 December 2011




22 December 2011




yesterday, 9 January 2012


so, can you see. my pipi getting smaller than before. hewhewhew *___* i like it. hope before i'm going back home, it getting smaller :)

Sunday, January 8, 2012

preparation.


the mind map


the first class

new me.

assalamualaikum :)

alhamdulillah masih bernafas di bumi Allah yang maha esa. maha agung. sama2 kita berzikir. syukur. selepas belajar sedikir sebanyak tentang population genetics, cuci kain =.=' hati dah lega. that is me. bila hati macam gundah gulana, akan tenang sedikit bila 'main' air. tak tau napa :)

new me. bukan maksud aku buat pembedahan fizikal. bukan bermaksud aku tak se'gila' dulu. aku masih gila lagi. hehe. i admit it T___T bukan gila yang mental, tapi aku suka buat orang marah. hhihi. i'm sorry. bukan sengaja tapi nak bermanja.  :)

aku berubah. dan aku sedari. semua ne selepas aku mula mengenali hati seorang insan bernama adam. hmm entry ne skema yee. maaf kalau bosan, click X atas tu :) ur pleasure to do so.

here we go. . . sebelum ne aku seorang yang sangat liat untuk study. sangat susah. bila ada assignment atau tutorial, baru aku terkocoh-kocoh. dari matrix lagi perangai ne aku tak buang. sampai laa timbulnya kesedaran ini. sejak mula kenal dia ne. aku rasa tercabar. sebab dia sangat rajin. disiplin. sangat baik. yes it is. dia sangat baik. terlalu jaga hati aku yang fragile. tak taula. dia sangat tahan perangai aku yang suka kenakan orang =.='

dah tuu. satu hari. he ask me to be his 'teman'. aku rasa. . . aku tak sesuai. aku sangat selekeh. baju pergi kuliah tak pernah gosok. tudung tak pakai. aku pakai selendang sebab tak perlu gosok. aku main rembat je. tapi, bila masa kita nak makan sama.aku mesti risau apa aku nak pakai. sebab takut malukan dia. pakaian dia sentiasa kemas. isk isk isk. aku pula yang . . . dan sejak kita kenal aku dah mula gosok baju selalu. jaga pemakaian. lebih longgar lagi bagus. dan mula lebih menjaga aurat. alhamdulillah. sebab nak jaga maruah masing2 bila jalan sama. terima kasih awak :)

dah satu lagi. dia sangat teratur. aku rasa aku sangatlaa. . . berbeza bagi bumi dan langit. fyi, dia palapes udara. bagi yang tak tahu maksud, pasukan latihan pegawai simpanan untuk tentera udara. so, he trained to be more disciplined. yes he is. dah memang bakal2 tu, sikap tentera memang ada. :P sorry awak. dan satu hari, aku cakap ngan kawan2 aku.. aku bagitau yang aku tak layak untuk dia. aku ne clumsy -__- tapi terkedu dan membuatkan aku membuka mata hati aku bila kawan aku hana kata "kenapa nak malu, dia pun manusia juga" betul. dia pun sama ngan aku. dan kenapa mesti aku kata aku tak layak. dan dari situ aku mula terima dia sikit2. nak kenal hati dulu. aku tau, ramai yang kata terlalu cepat untuk kita berdua. tapi awak selalu kata " nak buat macamana kalau hati yang pilih".

berubah ke arah yang lebih rajin. hihi. walaupun malas tu masih ada. awak selalu bagi nasihat. belajar tu penting. sebab tu tujuan utama kita di sini. ingat ibubapa sebab mereka yang 'bawa' kita sampai di sini. ye . aku akan ingat kata2 awak.

dan semalam awak kata, mesti ingat. .. kita belajar sekarang untuk yang 'akan datang'.biar kita berdua yang bersusah sekarang, supaya yang 'akan datang' tak susah dalam hidup. aku pun senyum. betul la. insyaAllah jika tiada aral melintang. awak selalu bagi semangat bila aku takde mood nak study. hihi. sampai awak nak bawa pergi korea! sebab nak suruh aku belajar, terima kasih awak. :) setahun setengah lagi. insyaAllah.

awak, aten nak minta maaf sekiranya ada buat hati terluka. tau juga selalu diam2 je kan. tak nak bagitau apa yang ada dalam hati tu. ingat, apa yang berlaku akan datang Allah dah aturkan untuk kita. aten akan belajar masak lebih lagi. (kantoi tak pandai masak) supaya awak tak selalu makan kat luar. hihi :PPP insyaAllah. 

awak, aten selalu berdoa semoga sayang yang timbul dari dasar hati ne bukan disebabkan nafsu semata2. nauzubillahiminzalik. awak selalu pesan, sama2 kita jaga hubungan ne. aten akan usaha. aten akan lakukan yang terbaik. di samping tu, awak mesti belajar tau. belajar banyak2. tak nak sikit2. :P

dan awak, sekiranya perpisahan adalah yang tersurat untuk kita. kita mesti terima dengan hati yang redha. ingat, Allah tahu apa yang terbaik untuk umatnya. awak dah janji kan, nak jadi engineer yang berjaya. mesti gembirakan ibubapa tau. jadi abang yang baik untuk adik2 awak. aten tau awak boleh buat yang terbaik walaupun aten takde suatu hari nanti. mati itu pasti. hidup insyaAllah. :) senyum tauu.

awak.. aten akan sentiasa doakan kesejahteraan keluarga kita berdua, kerana adanya mereka lahirlah kita atas dasar cinta mereka. semoga kita dapat apa yang kita hajati setimpal dengan usaha kita. kan?

sekarang kita belajar. gembirakan hati ibubapa kita. keluarga kita. insyaAllah akan dikurniakan kegembiraan dalam hati kita dua. :)

awak, Mohamad Zulfadeli bin Ripan. 
sentiasa ingat panda sentiasa ada untuk gembirakan beruang :)

salam.

Wednesday, January 4, 2012

cat cat cat! :D

assalamualaikum.

ngeee. hari ne paper tedaa. weee :D but.. i'm still sitting on my chair after breakfast without touch any books. hii.. ok, after update this entry. :)

sangat happy. dari semalam lagi. guess what??? i have a cat! persian cat! umm actually it belong to the twins. but, they go to school. so, i assume that's mine! hahahha :DDD jangan marah ye adik2. nanti kakak kamu ne tak jaga baru tauu :P

mimi dan bobo. my old cat's name. mimi brownish kalau tak silap. bobo hitam habisss.. tu yang mama cakap laaa.. hehe. ada juga teman aku bila sampai rumah nanti. walaupun semua orang tiada. kucing pun jadilaaa. heheh.

rasa-rasa bobo macam ne ka??? >.<
kalau mimi macam ne??? :DDD

aku tersangat la gembira. sebab dah lama nak ada creature lain dalam rumah. tapi tak pernah di bagi. kucing2 ne kakak first yang bagi untuk si kembar. bobo untuk nurul. mimi untuk judin. umm aku tak kesah. yang penting ada kucing *jeless* heheh. tapi aku dah gitau mama.. aku pun nak juga kucing seekor. mama cakap, cukup-cukup la dua ekor. tak payah banyak. nanti susah nak jagaaa. umm ok =..='

but, aku tak tau lagi. macamana laa rupa kucing tuu. i asked my sister to upload pictures on fb . . . but connection problem. she wanted to send me mms.. hihi. but my phone in 2G connection. aku dah set begitu. malas mau 3G. bikin habis bateri sajaaa.. lagipun, nanti pandai habis kredit ne mau update application. heihhh. aku pun tak celik IT mana.. :P

okie dokie. sekian berita gembira dari hati. masa untuk study cell biology. bai bai.
assalamualaikum.

Tuesday, January 3, 2012

facebook

first!

captured from my phone, it reminds me =.='

first paper, first final examination in U life. all the best for me :)


Monday, January 2, 2012


new year and final exam!

assalamualaikum :)

syukur, aku dah masuk tahun baru maknanya umur semakin meningkat dan dewasa. macam menakutkan pula umur nearly 20 ne =.=' hmm aku nak lari mana pun, bukan umur tak meningkat??

aigoo. terasa ingin muda, sentiasa muda. hehe. siapa yang tak nak muda, kan? :PPP tapi fikir punya fikir. . . seharusnya aku bersyukur. yelah, ada ramai lagi yang tak sempat menjangkau 2012 ne, aku yang dah masuk tahun ne pula macam tak nak masuk. fatin, tolong sedar sikit. kita ne siapa. ramai yang dah meninggalkan kita . . kan? alhamdulillah :) umur berkat!

sekarang lagi baru lepas study statistics for biology. walaupun paper lama pagi, tapi aku nak paham banyak2 subjek ne. i have to. must! sebab semalam bapa gave me a call. wuuu T___T miss them badly. bapa pesan jangan ada yang carry, means jangan ada yang repeat. insyaAllah mummy and daddy. i will do my ALL best for both of you! :D

emm sehari dua, tengok semua post orang. tak kira facebook or blog, twitter. semua pasal NEW YEAR! ok, happy new year everybody =..=' takde  perassaan aku pasal new year ne. sebab final semakin hampir. sangat hampir. dan kertas pertama aku hari esok. hmm bagus sekali ye fatin. sempat blogging :PPP bukan apa, saja nak cerita2. kan? 

harap, dengan ucapan dan azam masing2 di jadikan sebagai penanda aras kita untuk berjaya. kan? bukan berjaya jee. bahagia, gembira. kan kan kan? aku pun begitu jugaaa :DDD insyaAllah taala. jika dipanjangkan umur, diperdekatkan jodoh. aku lagi sedang menyiapkan tangga dan tiang 'masjid' bersamanya. dengan izin Allah. :)

azam aku? biarlah rahsia. hehe. bukan tak nak share. tapi takut tak fix pula. yela, kita pun berubah mengikut keadaan kan? kan? =..=' macam tak setuju pula. hmm betul laa. kalau memang korang tau matlamat yang nak di gapai tu seakan-akan mustahil, kita ubah kepada yang possible dan boleh di capai dengan kudrat yang ada. contohnya, azam tahun ne nak jumpa SNSD.. memang tak ahh =.=' dah jadual compact nak mengada pasang azam tahun ne macam tuu.. hihi tu bagi aku. tak taula kalau korang memang fuluss tu main petik je dari pokok sebelah rumah. kan?

apa pun, yang lalu biar berlalu. jadikan rujukan untuk perbaiki diri ke arah yang lebih baik. lebih pintar. lebih disiplin. lebih segala yang lebih. tapi bukan lebih 'gedik' pulaa.. -___- okay?

dah panjang aku membebel. lega dah melepaskan pekung di dada. apakah??

hehe. wish me all the best for my final. doakan fatin dapat jawab dengan hati yang tenang dan ilmu yang dipelajari ini bukan semata-mata ditimba untuk final tapi untuk . . . ^___^ jawab sendiri. dan kepada yang final tuu.. all the best, banyakkan doa. banyakkan rehat. study smart k? :)

assalamualaikum.