Tuesday, December 24, 2013

bukan luaran saja.

assalamualaikum

mesti sekarang ni bagi pelajar2 lain tengah mengadap nota. takpun tengah cari nota, download selagi mampu. tak kurangnya yang tengok movie sebab rasa tu jalan terbaik untuk melegakan ketegangan urat2 otak. hahak. aku pun juga. sekarang tengah layan on call dengan zul. hihi tadi lepas study 2 chapter, rehat kejap :)

dalam kita ramai2 kawan, mesti ada yang selalu study last minute tapi result dia gempak gila gila 0_0 even aku pun respect untuk orang gitu. 

"kau rasa dunia ni adil tak?"

bagi aku, dunia ni adil. Allah maha Adil saksama. aku terfikir juga kenapa diorang dapat begitu padahal kita semai apa yang kita tanam. begitula kata orang, kan? aku dulu cemburu dan berfikir serong juga sebab kenapa mereka begitu. huhu fikir balik, semua itu ada hikmahnya.

aku fikir balik, rezeki Allah luas. tak kira la gred banyak sikit, duit berlambak, gembira tak gembira. itu rezeki. Allah maha besar. walaupun dia lebihnya kepada gred, kita mungkin lebihnya bahagian lain. Allah maha tahu. Allah kurniakan kegembiraan pun rezeki. untuk menghirup udara ni, pun juga rezeki Allah. tak perlu jauh contoh, oksigen. kan?

macam orang sakit. kita tengok secara fizikal. dia sakit luaran. mungkin kita sihat dari luaran. tapi emosi, rohani, intelektual kita tak tahu tahap mana 'kesihatan' kita. kalau sakit luaran, kita boleh rawat dan bagi ubat, bagi 'dalaman' macamana? boleh ke? maknanya tak semestinya kita tak sakit tak demam kita boleh watlek watpis (ahh sudah orang selalu tulis macam ni, aku nak jugak T_T). lagi bahaya kalau kita tak sedar keadaan dan kondisi rohani dan jasad kita. 

jadi, apa sahaja yang kita ada dan kita miliki. syukuri. apa yang dibagi semua ada hikmahnya. memang ada sebabnya. kot kot kalau terlampau pintar jadi takbur, terlebih cantik terdedah. nauzubillah. sama2 kita tengok diri kita. selagi masa masih ada. 

bukan luaran yang menentukan kualiti kita. apa yang di dalam lagi penting. macam pokok buah, walaupun buah masak ranum, kita tak pasti samada kena bagi baja beracun atau tidak. samada ranum kerana racun atau semulajadi. kalau orang lain makan, tak ke kena effect juga? dapat tak? haa gitu. 

apa saja orang lain dapat, boleh kita jadikan panduan atau garis panduan tapi berusahalah. lepas tu tawakal. serah pada Allah. inshaa Allah tak kecewa :)


ujian ni.

assalamualaikum. 

pejam celik pejam celik. aku dah di ambang final dah. aku tak sangka pula dah masuk semester1 tahun akhir. syukur. dan syukur, sudah 51 hari jadi suami isteri.
 mencabar tak? mencabar.

dulu sebelum kahwin, aku selalu juga merajuk, marah2 dengan zul (my lovely husband). aku asyik monyok memanjang. tutup handphone, takpun aku buat silent. sampai esok pagi. sekali esoknya, aku terlupa aku tengah marah, aku pula kejutkan dia subuh. hiks

dah kahwin, jadi suami isteri. everything have to be considered. aku jenis yang cepat melenting. hmp >;( risau juga dulu siapa la suami aku. tup tup. dia :D sepanjang lepas kahwin ni, ada juga suami aku datang kuching. lawat aku. walaupun hanya 2 hari (sabtu ahad), tapi memadai mengubat rindu. T_T sakit tau rindu! ee geli jiwang. haha waktu zul pegi sini, aku mengidam nak makan durian. sebab orang sebelah rumah selalu bawa durian (agaknyala sebab bau durian tak sudah2). jadi, aku asyik sebut nak durian. haha  tak tahan dengar aku sebut buah tu, dia bawa aku pegi kota sentosa. jarak nak pegi kota sentosa dari kuching agak jauh jugakla. dan dan kitaorang naik bas :D both of us takde lesen. dia sibuk memanjang waktu study. apatah lagi aku T_T tapi best gila kot. tak payah cari parking. murah! tambang hanya rm4 untuk 2 orang. hewhew.

jadi sampai kat kota sentosa, kitaorang cari durian. dah dapat. dan memang sedap. pada hari yang sama zul nak balik bintulu dah. haa waktu ni laa Allah nak uji hati dan iman aku. ditakdirkan takde teksi. walaupun bas. van pun takde. aku dah cuak. flightnya jam 5.30. waktu tu jam 3 lebih. aku dah fikir macam2. macamana kalau terlepas flight? ahh kesianla lagipun kerja esoknya. jadi, lepas try call dan jalan kaki cari. zul pun kata " kita jalan kaki jela. dekat je pun kuching sentral (kira nak ambik teksi kat sini untuk pegi airport) tu. tak sampai setengah 1km..." aku pun meragam. aku marah. sebab kenapa jalan kaki. berabis zul nak explain. aku tak puas hati juga. tapi aku jalan kaki juga. 

jalan punya jalan, hujan T_T ya Allah. betambah-tambah aku panas. ahh aku tension pun ada juga. aku bising sepanjang jalan. pastu, suami aku minta maaf sebab buat aku rasa susah. aku yang mental ni pun sedar. dah kira bersyukur suami aku datang jauh nak jumpa aku. boleh aje dia rehat kat rumah hujung minggu banding pegi kuching. aku rasa sangat bersalah. aku minta maaf sangat. rasa bersalah tahap T_T taktau nak sebut apa. huu tapi dia relax buat cool "takpe, abg maafkan. syg tak salah.."aku tambah rasa bersalah kot. huhu sampai kat airport, aku rasa kejap sangat masa berlalu. aku menangis tak sudah-sudah. tak nak lepas peluk. tapi zul pujuk aku. inshaa Allah ada rezeki, jumpa lagi. 

aku tau perangai aku gila-gila. syukur pada Allah sebab pinjamkan seorang suami yang penyabar penyayang lagi pandai menenangkan aku. haha. abg, ayg minta maaf tau banyak songeh :P

hihi. sabor je.

Tuesday, November 12, 2013

Alhamdulillah, isteri orang sudah ;)

assalamualaikum..

alhamdulillah syukur kepada Allah, tanggal 3 November 2013 bersamaan 29 Zulhijjah 1434H, aku sudah sah diijabkabulkan bersama hamba Allah, Mohamad Zulfadeli bin Ripan. :) 

tak sangka sudah sejauh ini. tapi masih jauh lagi perjalanan yang akan dilalui. ceh ayat :P 

hari ni sedih sangat sebab hantar hubby pergi bintulu. esok mula keja semula. seminggu lebih je masa terluang :( tapi hubby selalu pesan, "abg cari nafkah keluarga kita. memang abg nak stay tapi siapa cari nafkah untuk kita? kata nak abg rajin keja..." betul kata hubby. ehehe lepas kawen bolehla panggil abang, sayang baby etc. hiks. sebelum tu, hm aku kau lagi aku pakai. haha 

walaupun seminggu lebih je, tapi macam2 aktiviti. hihi 

  • Ahad: Majlis Nikah
  • Isnin: Balik Bintulu (ikut suami balik hometown sebab cuti limited)
  • Selasa - Khamis: Stay di rumah suami. hihi sikit sebanyak dapat juga merasa jadi isteri, sedia baju suami, cium tangan sebelum pegi keja, balik rumah sedia makan, pakaian lepas mandi dia. hiks suka sangat. senyum untuk suami pun pahala :)
  • Khamis malam: Bertolak pegi Kuching, ambik bas malam sebab lepas hubby keja baru jalan. 
  • Jumaat: Teman hubby ambil jubah konvokesyen :) & malam tu pegi steambot! yeayy
  • Sabtu: Dating dengan hubby area Kuching Waterfront :D
  • Ahad: Hubby konvokesyen ^_^
  • Isnin: Teman hubby pegi unimas nak pulangkan jubah, tapi blackout so tak boleh. kesian sayang.
  • Selasa, today: Hantar hubby balik. Aku nangis juga hantar hubby. tahan rasa sangat. tapi dia tak nangis. nak tunjuk macho lettew. hehe abg sayang memang machoo :P


see? banyank kan. semput tak semput. kami suami isteri pun demam minggu lepas. alhamdulillah sihat sudah :) syukur juga, hubby sudah menjadi graduan unimas, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan. as a wife, I am very proud of you! tak graduate lagi hubby dah keja. hihi semoga sentiasa jadi engineer yang bertanggungjawab. k sayang? :D


waktu sayang konvo hari tu, ramai orang tanya yang hubby pakai pakaian apa. ni pakaian pentauliahan waktu hubby dah habis kursus ketenteraan semasa jadi pelajar unimas. waktu konvo hari tu pun, waktu nama hubby kena panggil sekali dengan title " Leftenan Muda Mohamad Zulfadeli bin Ripan" 


Let the pictures says it all.

Ya Allah, syukur padaMu kurniakan aku peneman hidup yang tidak pernah kenal jemu. Rakan, doakan kami bahagi dunia akhirat, dipanjang usia yang bermutu dan bersama hingga ke syurga :D 

Abang, I miss you already ;(

Thursday, October 17, 2013

Saturday, October 5, 2013

confirm! 1 month to go!

assalamualaikum.

recently at home, sedang buat persiapan untuk hari yang bahagia. inshaa Allah. tadi cari baju, ya Allah. aku ingat senang macam cari baju biasa2.. tapi yang ni nak fikir pasal orang lain juga (bakal suami) lawa ke tak. nak start tanya dah, ok tak baju ni. lawa tak. aku ni dah la jenis selagi aku tak tengok semua tempat, aku takkan beli barang tu. tapi oleh kerana mama ikut sekali tadi, aku consider. sebab kami jalan kaki. lebih senang dan tak perlu fikir parking bagai!

fyi, aku masih lagi minggu study which is aku balik waktu kelas. :( feel guilty. aku balik hari khamis haritu and balik kuching esok.jadi pasne nak terus terang ngan lecturer even though alasan aku tak munasabah. sekarang lagi tengah nak siapkan proposal sebab tarikh presentation project adalah seminggu sebelum hari nikah nanti. so, aku menyerahkan segala urusan kepada mama bapa and others! susah sebenarnya sebab aku jenis kalau tak suka, takkan suka :/ banyak songeh.

apapun, semoga Allah permudahkan urusan kali ni. dengan melimpah ruah kerahmatan dan keberkatan Allah turunkan. aamiin. :)


Tuesday, October 1, 2013

tak lama lagi kot

dah agak lama aku tak post apa-apa. sekarang ni aku tengah sibuk dengan macam-macam hal. maca-macam benda berlaku dari seawal kaki aku melangkah UNIMAS sampai sekarang. ponat denn. =.= 

minggu pertama je, aku pack unpack barang aku dalam 5-6 kali jugala dalam seminggu. penat aku cerita ngan kawan-kawan aku. huh =.= aku dah tinggal kolej lain dah. jauh sikit tapi masih dalam kampus. aku pernah hampir tetinggal bas dan aku pecut (dah pakai dress panjang sobs) dan terus naik bas yang ada. tau tau, bas salah -,- aku selamba je. dalam hati rasa nak nangis. nasib aku pegi awal sikit hari tu, terpaksa aku jalan kaki pegi fakulti. 

dan sekarang ni, aku uruskan final year project aku. sincerely, i don't even touch any journal when I'm on holiday except first and last week of it. huu menyesal amat saya =.= syukur alhamdulillah dapat supervisor yang memudahkan kerja aku. dia tolong aku tengokkan balik method yang aku suggest tu :P tak satu pun dia kata yang betul. umm betul kat sini bukan salah terus, kurang sesuai kerana terlampau detail. bukan tahap gitu lagi. haah kau, rasa nak master ke apa? (memang aku nak master!) jadi sekarang aku kena istiqamah dalam diri setiap hari aku mesti ada progress dan penambahbaikan. harus aten, HARUS!

dah satu lagi ni, aku dapat berita yang mengejutkan diri aku sendiri. agak penat nak memikirkan hal ni. bukan mengeluh ke apa, sebab susah nak berbincang depan mata sebab kalau dengar suara tak puas. nak tengok reaksi muka tu, baru kena sekali cakap :P aku duduk jauh dari familiy, henpon tak cukup nak menghubung mengasih menjalinkan ikatan yang patut disimpul. tak payah pakai segala di hujung jari!  apa yang aku cakap ni tentang perbincangan dengan mama dan family. sememangnya larangan keras dari bapa dan mama. tapi bila dah bincang elok2 dua pihak, boleh terima sikit. seriusly, aku kurang suka perbincangan jarak jauh. sangat banyak salah faham, ketidaksamaan, kurang penjelasan etc. you can name it! sangat banyak kurangnya, apapun. ada berita aku gitau juga. hm yang merunsingkan ni, tak lama lagi. haaa aku tak cakap bila tapi tak lama lagi mohon doa kalian semoga apa saja urusan dipermudah dan di bawah lindungan Allah ;)

yakin pada Allah. Dia maha tahu apa yang kita tak tahu :)

Thursday, August 29, 2013

saja ja

assalamualaikum.

dah tinggal seminggu lebih ja lagi untuk mula semester 5. sekejapnya masa berlalu. syukur nya dah nak final year! tapi buku yang pinjam di library tu masih belum cari apa yang berkaitan. sebab sikit sangat. wuu. 

gambar pertama aku ambil bila sesampai ja di unimas. hari ahad. dah ada idea nak gambar graduate macamana :P


tiada idea sebenarnya mau tulis ni. sepanjang cuti ni, aku duduk diam di rumah. hari-hari aku cuba resepi baru. hmm cuba jelah. sedap tak sedap tu lain kira. haha sampai bapa tegur ni "sapa mau makan ni kalau selalu masak macam ni?" sorry pa. aku just buat experiment. waktu ni jela aku masak. nanti sampai unimas bukannya selalu berkesempatan. (padahal aku masak hentam! haha)

aku mau keja part time parents tidak bagi. mau buat lesen kereta, well rules are rules. since aku ada kakak yang belum buat, so tunggu turn. atau bajet sendiri. huaa. aku mau korek di mana? it ok. apa yang penting didahulukan. kot2 kalau aku dah ada lesen aku tau merayau ja. tak ka menyusahkan mama bapa. 

hilang idea tapi mau post juga. 
adios.


Saturday, August 17, 2013

dah nak mula dah

cuti aku sekarang dah semakin sikit. dan aku baru nak berjinak dengan library. buku-buku dalam pustaka miri tak banyak sangat yang ada kaitan dengan bioremediation. dalam 5 buah macam tu saja. dan aku cuma pinjam satu sebab bagi aku tu yang sesuai buat masa sekarang.

bioremediation:  the use of microorganism for removal of pollutants such as oil, toxic or pesticide.

apa yang aku buat untuk fyp ni supervisor aku dah buat dulu. aku dah tengok dah journal dia dan gunakan microbes sama, Bionectria sp. baru aku faham. methods yang aku bagi untuk proposed fyp title ni salah :P malu aku. tu la gelojoh nak siapkan. haha. mati-mati aku ingatkan methods yang perlu ni ada guna haiwan hidup. nasib baik tiada nyawa yang bakal aku korbankan. syukur.

Bionectria ochroleuca : Yang ni spesis yang lecturer aku pakai which is ada characteristic untuk digest minyak dalam sesuatu keadaan.

ini la spesis tu. fungi yang comel :P

tak lama lagi semester 5 dah nak bermula. aku mungkin duduk luar. mungkin duduk dalam. maksud aku tempat kediaman. hm aku tengah bercelaru lah juga. dah cari rumah tapi parents suruh stay dalam. bukan aku tak nak tapi probability aku stay dalam kolej adalah senipis gulan kapas yang baru diproses! huu kena panas terus cair. keputusan aku tak tau lagi. ya Allah bantu hambamu ini. 

apapun, kita jangan lupa doakan kesejahteraan saudar islam kita di mana saja mereka berada. doa itu senjata muslim :)

*maaflah post kali ni tak berapa synchronized sangat.  

Thursday, August 15, 2013

Cats in my life

dari dulu hidup aku ditemani kucing. aku paling happy bila aku bangun subuh kucing gigit kaki aku. bukan apa, bagi aku maknanya ada nak bermanja ngan aku. takde lagi teman nak bemanja. kucing lagi okay. haha maybe bagi sesetengah orang gigitan kucing tu annoying. ngeh ngeh. like I care.

sekarang aku mempunyai 3 ekor kucing nye pun. 3 ekor yang sangat comel, kiki, fin dan mimi. 

KIKI



Yang ni nama kiki, betina garang. dia ni la selalu gigit aku sampai tak ingat dunia. hm kalau kucing aku ingat dunia, dah lama lari agaknya. eh :P yang ni kacukan parsi dan local. suka lari-lari sampai karpet rumah dan barangan dapur hancur. sometime adorable and lovely. but most of the time ganas dan suka gigit! hghh salahkan siapa ni? maybe waktu kiki kecik, aku selalu biar dia gigit tangan aku before kiki tido. waktu tu dia kecik lagi jadi tak sakit sangat. tapi sekarang, uhuuu sangat rare cara nak dodoikan kiki ni. menyesal aku T_T sekarang kiki umur 1 tahun 2 bulan. berat agak2 3 kg. hee :D

FINN
Yang ni nama finn. pernah tengok tak cartoon adventure time with finn & jake.? kan sekor mamat (manusia tapi pakai topi macam kucing =.=) jadi family aku sangat gilakan cartoon tu sampai bagi nama kucing ni finn. lagi satu sebab dia putih. yang ni tengah bunting sekarang. tak sabar tunggu tapi mungkin kalau dah ada kittens aku dah balik unimas kot. uhuu finn ni bapa bawa dari ofis. kecik lagi waktu tu kata akak. aku masih di kuching waktu bapa adopt her. yang ni lincah aktif segala perkataan yang menggambarkan kekuatan la aku bagi. bukan faham bahasa. tau mau main saja. kena marah buat muka comel! geram! but then sejak mengandung ni, dah jadi baik sikiiit la. tiap pagi kalau lambat sikit buka pintu bilik, habisla mengeow (err betul ka perkataan ni -.-) sampai bukakan pintu. well done finn. Umur tak sampai setengah tahun. rasanya laa. . .

finn the human

MIMI


yang ni mimi. jantan ok. ramai yang fikir mimi yang kitaorang katakan ni betina. umur hampir 2 tahun. yang parsi campuran, tapi macam terlebih bulu pula. haha dan kalau mimi mandi, mimi yang paling kecil :P harap bulu je mimi ni. aku sekeluarga suka kacau mimi sebab dia ni suka tidur. paling best bila dia marah. haha tipula kalau aku tak pernah kena cakar. -,- memang hantaran kahwin kurang kali sebab tangan dah ada macam2 parut. mimi lah yang bertanggungjawab ke atas baby finn nanti.! HAHA 


once aku ada kucing hitam campur dark brown, bobo. tapi dia dah mati. sedih sangat. :(

MY LATE BOBO




banyak lagi sebenarnya kucing aku yang dah mati. datang dan pergi. apapun, alhamdulillah kerana anugerahkan ciptaan yang comel dan penyayang ni. haiwan ni la yang jadi teman aku pegi toilet tengah malam, minum air kat dapur waktu semua dah tido. kejutkan aku waktu subuh. sangat gembira kot.

tu jelah. sayang semua kucing :D

Saturday, June 29, 2013

dinosaur

assalamualaikum. :)

mesti kenal dinosaur kan? sebab kita dari kecik lagi dah diperkenalkan haiwan ni. dan dikatakan sudah pupus. aku kan, dulu aku percaya yang dino ni ada, tapi semakin besar ni semakin pula aku pertikaikan kewujudan haiwan ni. ok sebelum tu, apa yang aku tulis ni atas risiko aku sendiri. aku tak nak lah kan disalah erti. ada faham?

yang kita belajar, dinosaur tu pupus sebab hentaman meteor kat tempat dinosaur tu wujud. cuma yang aku musykil, macamana hentaman tu berlaku sehingga membuatkan dinosaur pupus sama sekali. dan macamana dinosaur boleh ada di tempat mereka saja. apa kurangnya tempat kita ni kalau dibandingkan tempat dorang.

tapi kan, apa yang aku musykil, macamana dorang boleh bagi specific and shape of that dinos.dan warna sekali. aku tau ilmu aku cetek, tapi tu yang aku fikir. macamana dorang tau yang dinosaur tu hidup macamana, berbulu ke tak berbulu, bertelur macamana dan SIFAT dinosaur.agh lagi aku nak mengupas benda ni, hmm alamat memang semakin botak. aku tak tau, nak lebih tau tapi sumnber mana yang betul. aku ada study tentang kepupusan population dino ni, dalam subjek biodiversity. just cerita tentang kena hentam dan hilang. =.=' 

rasa macam mustahil kalau hidupan sekelililng dino tu tak pupus sekali. dan why it not mention? why must highlight about the dino only? it too impossible if we only get dino's fossil. hmm. seems like i have to be archaeologist. it in my blood. high curiosity.  macam dorang takde survival effort je. 

aku dah runsing dah, makin difikir makin bingung.

saja je ramai2 perah otak udang kita ni. tak salah mengkaji ilmu ni. untuk pengetahuan juga. cuma aku sangat musykil sehingga tolak benda ni.humm

till then, salam.

Saturday, June 8, 2013

the hidden truth



“One problem is that we have no map of our land. Without a map, the government refuses to negotiate with us and says that all the land belongs to the state.”




when greed empower the soul, good deed will buried deep into the soil. 

Tuesday, June 4, 2013

mari :)

bismillah ^^

break kejap. dari tadi tulis kat kertas. nak menaip pula.

hikhik. 

aku dari tadi nak habiskan satu chapter ni. aku pening, aku tidur. tanpa runsing memikirkan final lagi beberapa hari. bukan aku tak kisah, tapi aku jenis yang bila kepala tak boleh masuk aku takkan sumbat. dan bila aku mengantuk, aku akan tidur. kecuali after subuh dan asar. tak ke mewarisi kegilaan tu =.=

dan hal nya di sini. nak cerita la, umur aku sekarang sebagai hamba. uhuukk. takut wei. aku meghampiri 21 tahun. 21 tahun jadi hamba, apakah aku hamba yang taat. :(

aku sedih gila. eish dah sedih gila pula. bukan. aku sedih sangat sebab tengok gadis-gadis yang ada di mana-mana. sebab, mereka tak takut ke. aku takut. sangat takut. malaikat maut tengok kita 70 kali, kalah berapa kali kita kena jenguk family. sebab jauhkan. T_T 

wanita. perempuan. gadis.kakak. adik. isteri. nenek. moyang. 

kita ciptaan Allah yang Maha indah. yang Maha mengetahui. subhanallah. jika kita hargai diri kita, seriesly, kita akan mentaatinya. bukanya kata aku ni baik ke apa. aku cuma nak menyampaikan. kat akhirat nanti tak nak dipersoal. selagi masih ada masa untuk berubah, marilah ke jalan yang benar. yakin. Allah janjikan yang terbaik untuk kita. tidak mampu? minta pertolongan Allah kerana setiap apa yang ada di muka bumi ini milik dia. kit kat kat 7 eleven pun milik Allah. rezeki. namun, bukan hanya meminta, tapi juga perlu usaha serta doa. :)

memang, balik-balik diperkatakan. belum ada masa. belum cukup duit. belum sampai seru.

masa, itu milik Allah. jika benar kita punya masa, kenapa kita tak simpan masa yang lampau dan pulang seperti bila kita mahu? seperti barang kepunyaan kita. baju, seluar, handphone, pensel. kita pakai bila nak pakai. kita buang bila kita nak buang. kita kutip bila nak kutip. nampak tak situ maksud 'punya'? kita tidak memiliki masa kerana masa ini dari Allah. yang Maha kuasa. tak malu ke pakai masa diberi, boleh-boleh kata takde masa? umm janganla macam tu. sama-sama kita ubah. :)

duit, itu rezeki. amatlah disukai kalau kita guna duit dijalan Allah. kita tak rugi. memang kalau nak berubah, tiada yang senang. tapi yakin, di 'sana' nanti lagi banyak ganjaran kerana pengorbanan kita mentaati Allah swt. yakin. yakin. yakin. Allah yang Maha berkuasa. yang Maha menentukan. yang Maha penyayang. 

seru. dalam Alquran. dalam hadith. ikutan sunnah rasulullah. kisah-kisah nabi. sudah perlihatkan hikmah, ganjaran, kebaikan, balasan. apalagi seru yang ditunggu.? 

mahu berubah itu senangg sebenarnya. jika letakkan diri ini di jalan yang Allah, pasti Allah akan memimpin kita. mesti mahukan nanti bila kita dibangkitkan, bersama orang yang beriman, bertaqwa kerana Allah. syurga itu hakiki. dunia ini tempat kita membaja isi untuk bekalan akhir nanti. 

aku sayang keluarga aku. aku sayang kawan-kawan aku.
marilah kita menambah iman kita. takutlah kepada Allah. Allah menepati janjinya. 
syukur kepada Allah kerana aku lahir dalam keadaan yang sempurna.
syukur kepada Allah kerana masih sempat menyebut nama Mu.

tiada tuhan selain Allah, nabi Muhammad pesuruh Allah. 

assalamualaikum.

masa berjalan

minggu belajar.

belajar perlahan.

masa berjalan.

aku suka duduk. tapi bila belajar,

mata aku tak tahan.

dengar lagu, konon nak tunggu seru.

masa masih berjalan,

aku masih dengar lagu.

tunggu seru, tak pandai datang.



p/s: aku semakin suka lagu dulu-dulu mengusik jiwa. aku rasa macam nak menari dengan buku ala-ala saloma. hikhik.

Thursday, May 30, 2013

Syukur padaMu ya Allah



FYP. Y U NO EASY?

penat. ngantuk. terhantuk-hantuk.

sekarang aku berada di semester kedua. tahun kedua. maknanya, within months, aku dah jadi budak final year. once, aku sangat kecewa bila dapat kos biotek ni. kononnya nak menyelam lautan biru. kononnya nak belajar lebih tentang akuatik. itu dulu.

dari bulan ke bulan, aku pujuk hati aku yang apa Allah bagi semuanya best2. takde yang tak best. admit it! :D

dan subjek yang aku belajar since aku jadi budak biotek ni, microorganisms yang sangat banyak! aku dulu pernah cakap, kenapa la nak belajar pasal benda yang kecil lagi degil ini? tak ke macam merapu. hoihhh bangga diri betul la kan. tapi sekian lama belajar, seronok sebab from a simple thing boleh buat bencana, inikan pula manusia. ehh =.= dan di saat ini, haa ambik kau. sekarang lagi terkontang kanting. kenapa? nak pilih final year project laaa D:

kawan-kawan aku yang lain ramai dah dapat. agaknya aku seorang je yang tak dapat. kelmarin aku dah jumpa lecturer nak under supervise dia. dia kata kalau ada apa-apa dia akan email. but then, i am waiting from 5 pm yesterday until today. rasa nak nangis. uhhhh 

ye.. orang kata terima je. tak perlu memilih. aku cuma takut aku tak dapat angkat benda  tu. kelebihan masing-masing. keburukan kelemahan pun masing-masing. selagi kita ada pilihan, kita lawan. 


wuu T^T 

Saturday, May 25, 2013

zaman kini

sejak aku jadi pelajar, sangat banyak benda yang aku belajar.

sejak aku belajar, sangat banyak benda yang aku baru sedar.

semakin banyak yang aku sedar, sangat banyak ku fikir perkara itu tidak wajar.


hari- hari kalau dalam kelas natural resources management and legislation mengajar aku erti menghargai  keadaan sekeliling kita. kelas ni lebih kepada cara kita menggunakan, menguruskan, mengeluarkan sumber alam dsb. memang, waktu mula-mula aku masuk, aku tak faham. aku duduk je. tengok lecturer tu ajar. kepala pegi tempat lain. tapi, dari hari ke hari topik pembelajaran bertambah serius. dan lantas jadi serius =.= apakah.

dunia sekarang berbeza dengan masa lalu. senang je nak bandingkan. kalau kita lihat pokok buah yang masak ranum, apa dalam fikiran korang? mesti ada di antara kita yang terfikir untuk menjualnya kan? itulah. dunia sekarang. apa yang dipandang adalah berdasarkan nilai mata wang yang bakal digenggam walaupun sebentar cuma. namun, semoga masih ada yang menghargai nilai disebaliknya.

aku hairan. aku takut. aku kaget. apa akan jadi pada bumi kita masa nanti? pelbagai teknologi yang sangat maju lagi ke hadapan untuk mengurangkan pencemaran, mengawal kepanasan, menguruskan hasil bumi. bagi aku, semua itu tiada guna. kenapa? bayangkan, kita terhegeh-hegeh potong hutan sana sini. bunuh haiwan sana sini. katanya mahu majukan negara. katanya mahu membangunkan bangsa. tapi kan pula bila kerja kosong mula terisi dari hari ke hari, apa yang boleh kita sintesis jika tiada isi bumi????

memang, ramai berkata "jadi, kalau kau tak setuju. tak perlu kerja. duduk diam di rumah." hmm. aku bukan salahkan orang yang mencari kerja. aku cuma kecewa dengan cara pengurusannya.

berdasarkan bacaanku, bagi program penanaman semula pokok ada 1 pokok bagi 10 pokok yang tebang. tidak percaya? google sendiri. aku bukan berkata kemajuan itu tidak penting. cuma, keadaan sekeliling kita lagi penting! tumbuhan sangat penting bagi membekalkan oksigen dan neutral kan balik udara kita. menyegarkan bumi kita yang semakin panas. kecoh tentang pemanasan global? itu semua dari kita. 

manusia. dunia ini hanya sementara. jangan terlalu taksub dengan nikmat dunia kerana Allah menjanjikan nikmat syurga tiada tara. Allah berjanji sentiasa ditepati. lebih baik berharap kepada yang menepati. Allah yang Maha Esa. kerana semua rezeki datang darinya. alam ini miliknya. semua ini pinjaman dariNya. tidak malukah jika dipersoal kerana penyalah gunaan. nauzubillah. semoga kita dijauhkan dari golongan tersebut. hargailah yang ada. usahkan dikejar benda yang belum pasti. memang dengan kuasa mereka bisa. tapi ingat, Allah Maha melihat.

peringatan untuk aku. 
ingat Allah sahaja yang berkuasa.
usahkan takut kepada mereka.
mereka juga hamba seperti aku.

kecewa.



Friday, May 24, 2013

Pengakhiran semester 4 di ambang.

Nota yang paling banyak lukisan agaknya.
Selamat study lovely ^^

Wednesday, May 22, 2013

gula buat kita jadi tua?

assalamualaikum.

gula.

sapa la yang tak tau pasal gula kan. semua suka benda manis tak? aku pun suka. tapi aku tak suka gula. well, tau tak kalau too much consumption of sugar can lead to unhealthy life? semua orang tau tapi buat juga. cara senang nak berdiet adalah kurangkan gula. 


gambar yang aku tunjuk ni bukan nak suruh korang banned ke atau boikot minuman-minuman ni. aku nak tunjuk yang berapa banyak gula setiap tin atau botol yang korang minum. korang? yee, sebab aku sangat-sangatlah jarang minum air yang manis ni. cuba korang bayangkan, untuk setiap kandungan gula tu. makan macam makan nasi, agak-agak sanggup tak? mesti nak berbuih mulut kan? haha

once, dulu aku sangat suka minum air f&n orange dan strawberry. lagi-lagi kalau sejuk. perghh punya lazat. tapi, waktu aku form 3 mama suruh aku berpantang. yelah, nak jaga fikiran sebab nak pmr kan? jadi, oleh kerana dah biasa tu. aku pun... elakkan dari minum yang manis. even aku buat teh, aku tak campur gula. ye pahit >.< ! tapi aku sentiasa ingatkan diri aku, badan ni Allah yang bagi pinjam. hendaklah jaga dengan baik apa yang dipinjamkan. hihi

btw, untuk betulkan. diet bukannya bermaksud kurangkan kuantiti makanan. tapi, gaya pemakanan yang sihat. get it? :)

untuk setiap minuman karbonat yang kita minum, mempunyai pH yang sangat rendah which hampir sama dengan pH hujan asid. kalau tak caya, google. jadi, setiap tegukan kita boleh membunuh beribu sel kita. banyak tak? sel kita mati sebab tekanan yang sangat tinggi kerana kandungan gula yang banyak menyebabkan sel kita mati atau dalam 'hypertonic'. hypertonic ni maksudnya kandungan air sangat sikit sehingga sel kekeringan dan perkara tadi boleh berlaku.


so, oleh kerana sel banyak mati. kita mempercepatkan lagi tempoh penuaan kita. nak awet muda katanya. dahla kita kurang mengamalkan gaya hidup sihat. lagi-lagi ambik makanan dan minuman yang tak sihat. 

ni baru satu keburukan gula. banyak yang boleh ganti manisan dalam makanan. buah-buahan kan banyak. lagi sedap dan manis. memberi khasiat yang sangat banyak. 

jadi, aku just menyampaikan. terpulang nak terima atau tidak. hakikatnya, kadar penduduk Malaysia yang menghidapi diabetes semakin meningkat dari hari ke hari. 

"you are what you eat"

Tuesday, May 21, 2013

ulser

sangat mengantuk..

sejak berberapa minggu kebelakangan ni, sangat banyak presentation. kalau berbincang ngan kawan sampai confuse information pasal apa. lagi-lagi kawan dalam group mostly sama for every subject.

aku kena ulser. ya Allah. nak cakap susah. waktu present untuk visit report tadi pun aku buat-buat tak tau je ada ulser. lepas dah habis, T.T Allah je tau. nak senyum tu, terpaksa control dengan tutup mulut sebab nak kawal keluasan bibir. nak gelak, rasa nak koyak! dah ulser ngam-ngam atas bibir. perghhh =.= lazat sampai berair mata. orang kata kalau minum air banyak, boleh kurangkan sebab temperature badan boleh turun. so, aku minum air sangat banyak sampai aku sendiri tak tahan asyik pergi toilet >.< but, the more i drink, my lips getting drier. it really hurt and make me confuse. 0.o actually, it been 5 days ulser ni berkecimpung. aku biar. sebab aku rasa boleh handle. lastly, pegi la juga. kena bagi vitamin B & C. am i in vitamin deficiency state? 

dah tu aku buat la reflection.

baru-baru ni aku baca kisah nabi yaakub semasa baginda ditimpa sakit yang sangat teruk dan Allah telah tarik nikmat kekayaan dan kesenangan. selama 7 tahun baginda jatuh sakit teruk. 

dari cerita ni, aku refleks diri sendiri la. aku baru sakit 5 hari untuk ulser ni. sedangkan aku sihat wal afiat dengan bibir ni berapa tahun.? Allah baru nak uji aku sikit. aku dah merungut. aku dah meraung. sedangkan sebelum ni aku gelak ketawa terbahak-bahak. jenaka sana sini. gelakkan orang or etc. aku hampir lupa, kegembiraan tu Allah yang bagi. lihat sekarang, Allah tarik nikmat ketawa (seperti bukan aku sebelum ni). tarik nikmat bercakap dengan petah sekali. nauzubillah Allah tarik nikmat bercakap. 

Allah nak bagi aku ingat yang kat dunia bukan selamanya. cinta sejati ada bersama Dia. aku khilaf dalam menyusur jalan. aku khilaf dalam menhitung detik. subhanallah. astaghfirullah. ampunkan dosaku ya Allah. 

aku hanya berusaha mengambil ubat ni ya Allah. Engkau yang berhak di atas sesuatu. yang menentukan. yang menyempurnakan. yang melaksanakan. 

syukur padamu Illahi ^_^
sayang Allah.

Sunday, May 19, 2013

bako

assalamualaikum.

waa 20 hari lagi tinggal untuk final! aghh aku tak post apa-apa.. tup tup dah cerita pasal final. tak lama lagi final. ok just study smart. wee :D

btw, minggu lepas aku ada pegi taman negara bako. walaupun aku orang sarawak, aku sangat jarang untuk melawat tempat-tempat bersejarah atau taman-taman macam ni. dan sepanjang aku berada di unimas ni untuk semester ni, aku  rasa 5 kali je aku keluar. uhh aku tak tau nak pegi mana sebenarnya. nak tengok wayang, banyak lagi movie yang aku tak tengok dalam laptop. beli barang? kedai kecik2 dalam U ni banyak. jadi, duduk diam dalam bilik adalah pilihan yang bijak untuk setiap hujung minggu. hee

aku pergi bako ni pun curi-curi masa free aku. kalau ikutkan banyak je task yang perlu disiapkan. tapi memandangkan aku dah lama tak spend masa ngan kawan-kawan. lagi nak menikmati alam.. aku pun ambik la kesempatan ini. dah dua tahun baru nak jalan =,=







no caption needed i guess. 
till then.
assalamualaikum ^^

Monday, January 21, 2013

happy & takut

assalamualaikum wbt :)

alhamdulillah. hihi aku masih hidup. aku duduk kat rumah dari hari ahad yang lepas, 13hb. sekarang dah kat rumah nearly two weeks. dan aku hanya duduk berkecimpung dan menjadi anak sejati tanpa menghiraukan urusan duniawi! agh. aku baru je pindah tempat bau. dulu kan aku stay lawas, sekarang aku dah stay miri dan tempat tinggal aku ni tak happening! bukan takde party or sort of that things.. umm kurang sikit 'nampak' ''manusianya. huhu kononnya nak jadi jiran mulia. dokk? hehe :P

aku suka benda yang tiba-tiba. means, kita tak plan benda tu sebab bagi aku, kalau aku dah lama plan, hemmm alamat meme takkan jadilah. ke aku yang 'tak menjadikannya'? hihi dan pada tarikh aku dah bebas kejap, on 12hb aku masih ada paper advanced microbiology. aku dan kawan-kawan suddenly plan pegi steamboat dan benda tu jadi! wahahha aku suka makan banyak :3 aku memang dah lama nak makan ramai-ramai macam ni, tapi keadaan tak mengizinkan. tapi akhirnya, dapat juga T_T

before aku makan, hepi je muka :DDD sedap kot >.<

tapi akhirnya, muka aku yang paling layu -.- yelah, dah jam 1.00 pagi kot. huhu



dan sekarang ni, aku dah rasa nervous! uhuhhhhh  takut! bukan apa, on 23rd final result dah keluar! hah nak pengsan kejap -.- tapi nak juga bukak mata sebab nak tengok result 0_0. ahh nak pengsan juga >.< menakutkannya menakutkannya XD

ohh.. harap apa yang aku dapat kali ni, setimpal dengan aku usahakan. uhuuu tak tau macamana nak gitau rasa dalam hati ni. lagi-lagi sekarang ni aku dilanda musibah. uhuuu. redha. salah aku sendiri juga. kan dah kena. kalau aku dah recover sepenuhnya aku gitau, tapi kalau tak recover tu. aku tak tau la nak gitau ke tak :'(

"sesunggunhya beruntung bagi orang yang sakit, kerana menunjukkan Allah masih sayang kita. Kenapa pula Allah sayang kita? sebab Allah masih bagi perhatian dengan memberi ujian untuk kita menambahkan iman dan taqwa :) "

semoga aku berkesempatan menggunakan saat ini untuk perbaiki diri :( 
guys, doakan aku dapat keputusan yang 'sedap mata memandang' dan sembuh dari musibah ini.

innalillah wa innailahi rajiun.

lots of love,
aten


Friday, January 11, 2013

percaya

assalamualaikum wbt.

hai, dah lama aku nak cakap pasal benda ni. one of the essence to 'plant' your love to somebody. ehh.. pandai-pandai pula si aten ni. bukan jujur ke? bukan setia ke? bukan bertanggungjawab ke? but, first and foremost, this is only my opinion. i just want to share my thoughts. okey?

kalau nampak percaya ni terbayang apa? kalau aku, aku terbayang sesuatu yang sejati. adui abstrak sangat. haha. hampir semua orang dalam dunia at least akan percaya sesuatu. kan? apa yang membuatkan percaya ni jadi salah satu intipati dalam menyemai rasa cinta? haa ni share ni ^^

kita tak ambik jauh untuk contoh. kita lihat dalam agama kita sendiri. setiap agama ada kepercayaan masing-masing. ha! nampak tak kata dasar 'kepercayaan' tu? PERCAYA. dalam agama islam sendiri di dalam rukun iman, telah menyatakan:
  1. beriman kepada Allah
  2. beriman kepada malaikat-malaikat
  3. beriman kepada kitab-kitab
  4. beriman kepada nabi dan rasul
  5. beriman kepada hari kiamat
  6. beriman kepada qada dan qadar
beriman, iman itu sendiri dari segi istilah mempercayai dengan hati, mengaku dengan lisan dan mengamalkan dengan perbuatan dan anggota.  jadi, Allah dah bagi kita tips bagaimana nak cinta Dia :) inshaa Allah, kita semua boleh menjadi hamba yang beriman dan bertaqwa. 

tapi, di sini.. kita nak cari macamana nak sayang dan cinta manusia juga kan.? dari hasil pemerhatian aku, percaya itu sangat penting dalam sesuatu perhubungan. tidak kira keluarga, sahabat dan suami isteri. auww sweet ^_^

persoalannya, apa yang membuatkan korang percaya dengan orang? apa yang membuatkan korang setia dengan orang itu? apa yang membuatkan korang jujur dengan orang itu? 

what if, korang kenal orang tu. macamana perangai dia, sikap dan tabiat dia. dan korang percaya dengan dia. bila korang percaya dengan dia, korang bersikap jujur ngan dia. kan? takdenya korang sukahati nak bagitau rahsia sukahati dengan orang yang tak dipercayai. betul tak? ke aku yang syok sendiri ni? dan bila korang jujur  dengan orang tu, baru rasa kesetiaan. bukan kesetiaan kenapa, kerana takut dikhianati dan 'dicabuli'. "kenapa lah pulak aku nak rasa takut nak dikhianati?" mesti sudah timbul rasa sayang. yelah, kalau kita tak kesah pasal seseorang tu, kita tak ambik peduli apa dia buat kan. lantaklah nak buat apa. aku tak kesah. kan?

but then, bila kita dikhianati, kita rasa kecewa. "pesal nak rasa kecewa pula?" sebab kita percaya orang tu, kita jujur, kita setia dan kita sayang orang tu.. itu yang buat kita kecewa bila sesuatu yang tak diingini berlaku. 

jadi maknanya, kalau ingin sesuatu itu manis dan terjaga. semaikan rasa percaya kita dalam hati terhadap orang itu. tapi aku ada dengar. "we have to suspect before we trust" betul tak? mustahil korang tak pernah rasa ragu-ragu ngan kawan-kawan dan orang sekeliling. jadi, memang boleh je nak suspect orang tu. aku pun selalu juga. takkan nak percaya bulat-bulat kot ngan orang tu. tapi kita boleh elakkan prasangka buruk itu dengan menyelami sikap yang baik dan terpuji dalam diri seseorang. 

famili kita pun sama, aku sembilan orang adik beradik. agak payah juga nak percaya bulat-bulat sebab belum kenal hati sangat. bukan setiap seorang siblings kita tau rahsia kita kan? bayangkan, famili yang dah lama bersama kita, makan tidur buang ehem mandi kentut sma-sama. pun masih menanam rasa percaya tu. kenapa nak tanam rasa percaya? kerana hati kita sayang dengan keluarga. merekala orang paling terdekat. darah daging sendiri tu. mana nak replicate sukahati?? =.=' 

dan bagaimana dengan ingin menyayangi Allah? selami dan hayati rukun iman. amalkan. okey? inshaa Allah. kita jumpa kat syurga nanti sama-sama eh? aminn :) 


so so so. paham tak aku cakap ni.? aku memang kalau bab 'berkunyanyang' (dalam bahasa aku, membebel) nombor satu. hahah. untunglah sapa jadi suami aku. dapat bini bising. :DDD 

till then, any sharing. we can "story-story" maa :)

lots of love,
aten

Thursday, January 10, 2013

akhir-akhir ni

assalamulaikum wbt.

alhamdulillah. yeayyy! aku dah habis exam. ah tipu. ada lgi dua paper, field technique for biotechnology dan advanced microbiology. so faaaar so good. uhm uhm. aku kurang sikit performance semalam. ececeh.. yela. aku miscounting the day aku berperang. waduhh. sungguh tak dapat concentrate waktu paper. rasa nak nangis. nanti lau nangis, orang pikir aku ne kepayahan jawab exam. sabar je. dan minta Allah bagi aku kuat untuk jawab sampai habis. T_T

nasib jawab sampai habis. memang sejak 6 paper aku lalui. aku rasa aku dah makin pandai masak. haha! aku dah pandai menggoreng >.< wehee. teori semata-mata. syukur, nasib ada minat dalam hati yang buat aku tabah nak menjawab dengan baik sekali. 

dan pressure waktu final exam week ni, aku tak dapat kolej kediaman. i deserve it. aku tak berapa aktif kali ni sebab satu, berebut nak join aktiviti. dua, bila aku nak masuk aktiviti tu ada saja assignment yang amat SERONOK. maka, aku pentingkan apa yang penting. kan? dan aku takut juga nak  gitau parents yang aku tak dapat kolej. but then, i tell them i cannot focus enough if i join the party. party lah sangat. =.= dan akibatnya.... bapa aku nak tengok result aku semester ni yang menunjukkan better sebelum ne. wah cuak aku cuak! semoga apa yang aku usahakan, berbaloi dengan apa yan aku dapat. huhu.

that all, ada lagi paper petang ni. semoga aku dapat jawab dengan excellent. 

lots of love,
aten

Tuesday, January 1, 2013

The one that fade away


Assalamualaikum wbt.

Hari ni aku belajar macam biasa. Fyi, aku dah sampai unimas dari hari jumaat lepas lagi. Aku stuck dalam bas selama 20 jam! >.< sebab bas rosak. Perjalanan ambil masa dua kali ganda. Sabar memang sabar kan.

Lepas aku belajar petang tadi, aku nak packing. Yeppy! Awal kan? Sebab aku balik 13hb nanti. Wehee :D but then my final is just 2 days left.

Dan semasa aku kemas buku-buku dan nota aku, ku sangka baik-baik aja. Rupanya tidak. Huhu hampir 30% nota aku basah :( sebab aku letak dalam almari bawah sinki. My bad, it is.

Waktu aku pilih mana yang ok dan yang tak ok, aku jumpa satu buku. Ordinary book. Buku nota sebenarnya. Dan bila aku buka, rupanya buku waktu matriks. Bukan buku sebarang buku. Buku tu aku pakai kononnya untuk signature waktu farewell di matriks. Dan bila aku baca aku jadi sedih sebab rindu ngan dorang. Amat! H3T20 dan B3.27 the best :D

Semuanya mendoakan yang baik-baik untuk aku. Terima kasih kawan-kawan. Even -antara semua aku antara yang paling mental dan gila (most of them admit it =.='') well oh well, aku kan. Sejak bila tak senget? Hahha XD

Lepas aku baca balik ucapan.. Umm ucapan ke tu? Whatever. Aku sedar yang aku ni kuat merajuk! Hahah sedar diri la cik patin oi. Tak hengat diri la tu. Pandang cermin sikit. Eh banyak-banyak la. =.= boo fatin. Booo.. Memang aku kuat merajuk. Hihi.

Aku baca satu-satu. Hmm aku mau post gambar tapi banyak personal. Personal lah sangat. Hihi. Dan tiba di satu muka surat. Kawan aku qila yang tulis.



Terima kasih Aqilah Musfirah, sebab anda bersedia dan menerima aku seadanya. Seriusly, I miss u very much. :( bila baca yang ko tulis untuk aku, baru teringat balik. Memang nostalgia bah ni buku. Ingat lagi sebelum kita tidur, kita punya imagination. Macamana mau jadi samsengla. Macamana mau jadi ayula. Miss it. Dan paling tak lupa yang kita karaoke sebelum tidur! Hahaha dahla pakai hp ja tingu video. Huh. Sekejapnya masa berlalu. Dan semestinya paling tak lupa, pasal mau pegi pantai. Pasal konflik. Pasal kek cheese. Pasal squirrel! OMG! Kenapa juga aku begitu qila?? Of course aku ingat ko akan terpacak di meja tingu anime dan makan cereal.huhu miss u.

The one that fade away. So sorry kalau inda keep in touch as I promise before. Hhuhu ko tau juga kan aku inda mengisi kredit. Hahah :DD

Last but not least, do your very best to be a mariner. Keep my dream with u T_T even I really want it. Huhu

Lots of love,
Aten