Saturday, June 29, 2013

dinosaur

assalamualaikum. :)

mesti kenal dinosaur kan? sebab kita dari kecik lagi dah diperkenalkan haiwan ni. dan dikatakan sudah pupus. aku kan, dulu aku percaya yang dino ni ada, tapi semakin besar ni semakin pula aku pertikaikan kewujudan haiwan ni. ok sebelum tu, apa yang aku tulis ni atas risiko aku sendiri. aku tak nak lah kan disalah erti. ada faham?

yang kita belajar, dinosaur tu pupus sebab hentaman meteor kat tempat dinosaur tu wujud. cuma yang aku musykil, macamana hentaman tu berlaku sehingga membuatkan dinosaur pupus sama sekali. dan macamana dinosaur boleh ada di tempat mereka saja. apa kurangnya tempat kita ni kalau dibandingkan tempat dorang.

tapi kan, apa yang aku musykil, macamana dorang boleh bagi specific and shape of that dinos.dan warna sekali. aku tau ilmu aku cetek, tapi tu yang aku fikir. macamana dorang tau yang dinosaur tu hidup macamana, berbulu ke tak berbulu, bertelur macamana dan SIFAT dinosaur.agh lagi aku nak mengupas benda ni, hmm alamat memang semakin botak. aku tak tau, nak lebih tau tapi sumnber mana yang betul. aku ada study tentang kepupusan population dino ni, dalam subjek biodiversity. just cerita tentang kena hentam dan hilang. =.=' 

rasa macam mustahil kalau hidupan sekelililng dino tu tak pupus sekali. dan why it not mention? why must highlight about the dino only? it too impossible if we only get dino's fossil. hmm. seems like i have to be archaeologist. it in my blood. high curiosity.  macam dorang takde survival effort je. 

aku dah runsing dah, makin difikir makin bingung.

saja je ramai2 perah otak udang kita ni. tak salah mengkaji ilmu ni. untuk pengetahuan juga. cuma aku sangat musykil sehingga tolak benda ni.humm

till then, salam.

Saturday, June 8, 2013

the hidden truth



“One problem is that we have no map of our land. Without a map, the government refuses to negotiate with us and says that all the land belongs to the state.”




when greed empower the soul, good deed will buried deep into the soil. 

Tuesday, June 4, 2013

mari :)

bismillah ^^

break kejap. dari tadi tulis kat kertas. nak menaip pula.

hikhik. 

aku dari tadi nak habiskan satu chapter ni. aku pening, aku tidur. tanpa runsing memikirkan final lagi beberapa hari. bukan aku tak kisah, tapi aku jenis yang bila kepala tak boleh masuk aku takkan sumbat. dan bila aku mengantuk, aku akan tidur. kecuali after subuh dan asar. tak ke mewarisi kegilaan tu =.=

dan hal nya di sini. nak cerita la, umur aku sekarang sebagai hamba. uhuukk. takut wei. aku meghampiri 21 tahun. 21 tahun jadi hamba, apakah aku hamba yang taat. :(

aku sedih gila. eish dah sedih gila pula. bukan. aku sedih sangat sebab tengok gadis-gadis yang ada di mana-mana. sebab, mereka tak takut ke. aku takut. sangat takut. malaikat maut tengok kita 70 kali, kalah berapa kali kita kena jenguk family. sebab jauhkan. T_T 

wanita. perempuan. gadis.kakak. adik. isteri. nenek. moyang. 

kita ciptaan Allah yang Maha indah. yang Maha mengetahui. subhanallah. jika kita hargai diri kita, seriesly, kita akan mentaatinya. bukanya kata aku ni baik ke apa. aku cuma nak menyampaikan. kat akhirat nanti tak nak dipersoal. selagi masih ada masa untuk berubah, marilah ke jalan yang benar. yakin. Allah janjikan yang terbaik untuk kita. tidak mampu? minta pertolongan Allah kerana setiap apa yang ada di muka bumi ini milik dia. kit kat kat 7 eleven pun milik Allah. rezeki. namun, bukan hanya meminta, tapi juga perlu usaha serta doa. :)

memang, balik-balik diperkatakan. belum ada masa. belum cukup duit. belum sampai seru.

masa, itu milik Allah. jika benar kita punya masa, kenapa kita tak simpan masa yang lampau dan pulang seperti bila kita mahu? seperti barang kepunyaan kita. baju, seluar, handphone, pensel. kita pakai bila nak pakai. kita buang bila kita nak buang. kita kutip bila nak kutip. nampak tak situ maksud 'punya'? kita tidak memiliki masa kerana masa ini dari Allah. yang Maha kuasa. tak malu ke pakai masa diberi, boleh-boleh kata takde masa? umm janganla macam tu. sama-sama kita ubah. :)

duit, itu rezeki. amatlah disukai kalau kita guna duit dijalan Allah. kita tak rugi. memang kalau nak berubah, tiada yang senang. tapi yakin, di 'sana' nanti lagi banyak ganjaran kerana pengorbanan kita mentaati Allah swt. yakin. yakin. yakin. Allah yang Maha berkuasa. yang Maha menentukan. yang Maha penyayang. 

seru. dalam Alquran. dalam hadith. ikutan sunnah rasulullah. kisah-kisah nabi. sudah perlihatkan hikmah, ganjaran, kebaikan, balasan. apalagi seru yang ditunggu.? 

mahu berubah itu senangg sebenarnya. jika letakkan diri ini di jalan yang Allah, pasti Allah akan memimpin kita. mesti mahukan nanti bila kita dibangkitkan, bersama orang yang beriman, bertaqwa kerana Allah. syurga itu hakiki. dunia ini tempat kita membaja isi untuk bekalan akhir nanti. 

aku sayang keluarga aku. aku sayang kawan-kawan aku.
marilah kita menambah iman kita. takutlah kepada Allah. Allah menepati janjinya. 
syukur kepada Allah kerana aku lahir dalam keadaan yang sempurna.
syukur kepada Allah kerana masih sempat menyebut nama Mu.

tiada tuhan selain Allah, nabi Muhammad pesuruh Allah. 

assalamualaikum.

masa berjalan

minggu belajar.

belajar perlahan.

masa berjalan.

aku suka duduk. tapi bila belajar,

mata aku tak tahan.

dengar lagu, konon nak tunggu seru.

masa masih berjalan,

aku masih dengar lagu.

tunggu seru, tak pandai datang.



p/s: aku semakin suka lagu dulu-dulu mengusik jiwa. aku rasa macam nak menari dengan buku ala-ala saloma. hikhik.