Tuesday, December 24, 2013

bukan luaran saja.

assalamualaikum

mesti sekarang ni bagi pelajar2 lain tengah mengadap nota. takpun tengah cari nota, download selagi mampu. tak kurangnya yang tengok movie sebab rasa tu jalan terbaik untuk melegakan ketegangan urat2 otak. hahak. aku pun juga. sekarang tengah layan on call dengan zul. hihi tadi lepas study 2 chapter, rehat kejap :)

dalam kita ramai2 kawan, mesti ada yang selalu study last minute tapi result dia gempak gila gila 0_0 even aku pun respect untuk orang gitu. 

"kau rasa dunia ni adil tak?"

bagi aku, dunia ni adil. Allah maha Adil saksama. aku terfikir juga kenapa diorang dapat begitu padahal kita semai apa yang kita tanam. begitula kata orang, kan? aku dulu cemburu dan berfikir serong juga sebab kenapa mereka begitu. huhu fikir balik, semua itu ada hikmahnya.

aku fikir balik, rezeki Allah luas. tak kira la gred banyak sikit, duit berlambak, gembira tak gembira. itu rezeki. Allah maha besar. walaupun dia lebihnya kepada gred, kita mungkin lebihnya bahagian lain. Allah maha tahu. Allah kurniakan kegembiraan pun rezeki. untuk menghirup udara ni, pun juga rezeki Allah. tak perlu jauh contoh, oksigen. kan?

macam orang sakit. kita tengok secara fizikal. dia sakit luaran. mungkin kita sihat dari luaran. tapi emosi, rohani, intelektual kita tak tahu tahap mana 'kesihatan' kita. kalau sakit luaran, kita boleh rawat dan bagi ubat, bagi 'dalaman' macamana? boleh ke? maknanya tak semestinya kita tak sakit tak demam kita boleh watlek watpis (ahh sudah orang selalu tulis macam ni, aku nak jugak T_T). lagi bahaya kalau kita tak sedar keadaan dan kondisi rohani dan jasad kita. 

jadi, apa sahaja yang kita ada dan kita miliki. syukuri. apa yang dibagi semua ada hikmahnya. memang ada sebabnya. kot kot kalau terlampau pintar jadi takbur, terlebih cantik terdedah. nauzubillah. sama2 kita tengok diri kita. selagi masa masih ada. 

bukan luaran yang menentukan kualiti kita. apa yang di dalam lagi penting. macam pokok buah, walaupun buah masak ranum, kita tak pasti samada kena bagi baja beracun atau tidak. samada ranum kerana racun atau semulajadi. kalau orang lain makan, tak ke kena effect juga? dapat tak? haa gitu. 

apa saja orang lain dapat, boleh kita jadikan panduan atau garis panduan tapi berusahalah. lepas tu tawakal. serah pada Allah. inshaa Allah tak kecewa :)


ujian ni.

assalamualaikum. 

pejam celik pejam celik. aku dah di ambang final dah. aku tak sangka pula dah masuk semester1 tahun akhir. syukur. dan syukur, sudah 51 hari jadi suami isteri.
 mencabar tak? mencabar.

dulu sebelum kahwin, aku selalu juga merajuk, marah2 dengan zul (my lovely husband). aku asyik monyok memanjang. tutup handphone, takpun aku buat silent. sampai esok pagi. sekali esoknya, aku terlupa aku tengah marah, aku pula kejutkan dia subuh. hiks

dah kahwin, jadi suami isteri. everything have to be considered. aku jenis yang cepat melenting. hmp >;( risau juga dulu siapa la suami aku. tup tup. dia :D sepanjang lepas kahwin ni, ada juga suami aku datang kuching. lawat aku. walaupun hanya 2 hari (sabtu ahad), tapi memadai mengubat rindu. T_T sakit tau rindu! ee geli jiwang. haha waktu zul pegi sini, aku mengidam nak makan durian. sebab orang sebelah rumah selalu bawa durian (agaknyala sebab bau durian tak sudah2). jadi, aku asyik sebut nak durian. haha  tak tahan dengar aku sebut buah tu, dia bawa aku pegi kota sentosa. jarak nak pegi kota sentosa dari kuching agak jauh jugakla. dan dan kitaorang naik bas :D both of us takde lesen. dia sibuk memanjang waktu study. apatah lagi aku T_T tapi best gila kot. tak payah cari parking. murah! tambang hanya rm4 untuk 2 orang. hewhew.

jadi sampai kat kota sentosa, kitaorang cari durian. dah dapat. dan memang sedap. pada hari yang sama zul nak balik bintulu dah. haa waktu ni laa Allah nak uji hati dan iman aku. ditakdirkan takde teksi. walaupun bas. van pun takde. aku dah cuak. flightnya jam 5.30. waktu tu jam 3 lebih. aku dah fikir macam2. macamana kalau terlepas flight? ahh kesianla lagipun kerja esoknya. jadi, lepas try call dan jalan kaki cari. zul pun kata " kita jalan kaki jela. dekat je pun kuching sentral (kira nak ambik teksi kat sini untuk pegi airport) tu. tak sampai setengah 1km..." aku pun meragam. aku marah. sebab kenapa jalan kaki. berabis zul nak explain. aku tak puas hati juga. tapi aku jalan kaki juga. 

jalan punya jalan, hujan T_T ya Allah. betambah-tambah aku panas. ahh aku tension pun ada juga. aku bising sepanjang jalan. pastu, suami aku minta maaf sebab buat aku rasa susah. aku yang mental ni pun sedar. dah kira bersyukur suami aku datang jauh nak jumpa aku. boleh aje dia rehat kat rumah hujung minggu banding pegi kuching. aku rasa sangat bersalah. aku minta maaf sangat. rasa bersalah tahap T_T taktau nak sebut apa. huu tapi dia relax buat cool "takpe, abg maafkan. syg tak salah.."aku tambah rasa bersalah kot. huhu sampai kat airport, aku rasa kejap sangat masa berlalu. aku menangis tak sudah-sudah. tak nak lepas peluk. tapi zul pujuk aku. inshaa Allah ada rezeki, jumpa lagi. 

aku tau perangai aku gila-gila. syukur pada Allah sebab pinjamkan seorang suami yang penyabar penyayang lagi pandai menenangkan aku. haha. abg, ayg minta maaf tau banyak songeh :P

hihi. sabor je.