Sunday, October 26, 2014

Pregnancy: Part 2 | Morning sickness

Assalamualaikum.


Dah lama sangat kan aku tak update blog. Macam-macam yg berlaku. Sepanjang kehamilan aku ni. Hehe. Kalau kita tengok drama, kalau tau orang tu pregnant, mesti dia muntah-muntah takpun pening-pening kan? Waktu aku tengok drama macam tu, aku rasa macam. .. yeke sampai macam tu teruknya dorang muntah? Pening tak bangun-bangun. Hmm memang silap percaturan aku!


Sepanjang aku mengandung, waktu first trimester ya Allah ya rabb. Azab aku rasa. Sebabnya aku tak dapat makan. Memang aku boleh makan tapi makanan tu keluar balik. T.T series aku lapar gila tahap menggigil tapi perut tak terima. Aku Cuma terdampar di katil mengenang makanan yg aku terpaksa buang sebab dah basi dek kerana tak habiskan. Dah tu, aku memilih. Aku nak western food atau dessert sahaja! Maunya aku dapat makanan macam tu malam2 buta lagi-lagi aku kat unimas. Dah tak pandai drive T__T


Aku hilang banyak berat badan. Berat normal aku 55kg dan aku turun sampai 47kg! aku bukan saja nak menguruskan badan tapi apakan daya. Dah tu, kalau waktu pagi aku Cuma makan biskut. Tengahari aku makan buah je. Kalau bukan pisang, betik atau tembikai susu. Kalau malam makan roti je. Aku serius risau. Sebab aku kena makan ubat yg kena bagi (folate etc) tapi kena isi perut dulu baru makan ubat. Jadi aku makanla juga ubat tu lepas makan tapi aku muntahkan balik T_T sadiss sungguh penanganmu baby. Yang tak boleh blah, air kosong pun aku tak ngam. Kalau nak minum pun, mesti nak yang sejuk ajeee. Macam-macam kan? Sabar je. Kalau husband ada kat tepi. Maunya sakit jiwa. hahaha


Dan agak parah juga bila aku tak suka bau nasi, ayam, daging dan ikan! Aghhh aku nak makan apa. Aku jadi memilih tahap tak tahu nak kata apa. Kalau pegi pavilion (student café) aku pusing-pusing je.. kalau aku berkenan dengan makanan tu tapi ada bau pelik (entah memasal makanan bau pelik kan) aku akan balik ke rumah dengan tangan kosong. Dan end up makan biskut cicah ngan miloo T_T


Dan morning sickness aku ni berlarutan sehinggan awal second trimester. Syukur Alhamdulillah. Kalau tak, memang membazir makanan jela kerja aku setiap kali makan. Waktu aku balik rumah (dah habis study), family aku tekejut tengok aku kurus gila. Dorang kata aku tak macam pregnant 4 bulan. Perut kempis jekk. Hmm aku pun tak tauu. Tapi memang badan aku lemah. Tak boleh nak jalan2 sangat. Kalau lama sikit, aku pening. Aku ingat waktu aku praktikal. Kan waktu puasa, oleh sebab aku punya morning sickness teruk, underweight bagi orang mengandung, aku kurang hemoglobin.  So, waktu aku seronok berjalan tiba-tiba aku nak tumbang. Ya Allah, nasib aku sempat berpaut dan duduk kejap. Memang aku rasa nak pengsan. Sungguh aku tak tahan.


Syukur ahamdulillah sekarang ni, aku sihat walafiat. Darah aku cukup-cukup 12. Dan sekarang aku dah mengandung 36 minggu 2 hari. syukur pada Allah memanjangkan umur kami sekeluarga termasuk baby dalam perut ni. Sebenanrnya, morning sickness ni terpulang kepada individu juga. Ada yang biasa-biasa je da nada yang takda langsung! Tak tau aku nak kata apa. Allah bagi ujian bila dia tau kita mampu tangani kan? Jadi aku dah lepas dah ‘kemanisan’ mengandungkan anak pertama kami. Tak percaya aku berjaya harungi sobs.


Ni pasal morning sickness. Belum lagi tabiat pelik aku waktu pregnant ni. Hahaha nanti entry lain aku share ok? :D

Sekian,
Assalamualaikum.