Thursday, October 17, 2013

Saturday, October 5, 2013

confirm! 1 month to go!

assalamualaikum.

recently at home, sedang buat persiapan untuk hari yang bahagia. inshaa Allah. tadi cari baju, ya Allah. aku ingat senang macam cari baju biasa2.. tapi yang ni nak fikir pasal orang lain juga (bakal suami) lawa ke tak. nak start tanya dah, ok tak baju ni. lawa tak. aku ni dah la jenis selagi aku tak tengok semua tempat, aku takkan beli barang tu. tapi oleh kerana mama ikut sekali tadi, aku consider. sebab kami jalan kaki. lebih senang dan tak perlu fikir parking bagai!

fyi, aku masih lagi minggu study which is aku balik waktu kelas. :( feel guilty. aku balik hari khamis haritu and balik kuching esok.jadi pasne nak terus terang ngan lecturer even though alasan aku tak munasabah. sekarang lagi tengah nak siapkan proposal sebab tarikh presentation project adalah seminggu sebelum hari nikah nanti. so, aku menyerahkan segala urusan kepada mama bapa and others! susah sebenarnya sebab aku jenis kalau tak suka, takkan suka :/ banyak songeh.

apapun, semoga Allah permudahkan urusan kali ni. dengan melimpah ruah kerahmatan dan keberkatan Allah turunkan. aamiin. :)


Tuesday, October 1, 2013

tak lama lagi kot

dah agak lama aku tak post apa-apa. sekarang ni aku tengah sibuk dengan macam-macam hal. maca-macam benda berlaku dari seawal kaki aku melangkah UNIMAS sampai sekarang. ponat denn. =.= 

minggu pertama je, aku pack unpack barang aku dalam 5-6 kali jugala dalam seminggu. penat aku cerita ngan kawan-kawan aku. huh =.= aku dah tinggal kolej lain dah. jauh sikit tapi masih dalam kampus. aku pernah hampir tetinggal bas dan aku pecut (dah pakai dress panjang sobs) dan terus naik bas yang ada. tau tau, bas salah -,- aku selamba je. dalam hati rasa nak nangis. nasib aku pegi awal sikit hari tu, terpaksa aku jalan kaki pegi fakulti. 

dan sekarang ni, aku uruskan final year project aku. sincerely, i don't even touch any journal when I'm on holiday except first and last week of it. huu menyesal amat saya =.= syukur alhamdulillah dapat supervisor yang memudahkan kerja aku. dia tolong aku tengokkan balik method yang aku suggest tu :P tak satu pun dia kata yang betul. umm betul kat sini bukan salah terus, kurang sesuai kerana terlampau detail. bukan tahap gitu lagi. haah kau, rasa nak master ke apa? (memang aku nak master!) jadi sekarang aku kena istiqamah dalam diri setiap hari aku mesti ada progress dan penambahbaikan. harus aten, HARUS!

dah satu lagi ni, aku dapat berita yang mengejutkan diri aku sendiri. agak penat nak memikirkan hal ni. bukan mengeluh ke apa, sebab susah nak berbincang depan mata sebab kalau dengar suara tak puas. nak tengok reaksi muka tu, baru kena sekali cakap :P aku duduk jauh dari familiy, henpon tak cukup nak menghubung mengasih menjalinkan ikatan yang patut disimpul. tak payah pakai segala di hujung jari!  apa yang aku cakap ni tentang perbincangan dengan mama dan family. sememangnya larangan keras dari bapa dan mama. tapi bila dah bincang elok2 dua pihak, boleh terima sikit. seriusly, aku kurang suka perbincangan jarak jauh. sangat banyak salah faham, ketidaksamaan, kurang penjelasan etc. you can name it! sangat banyak kurangnya, apapun. ada berita aku gitau juga. hm yang merunsingkan ni, tak lama lagi. haaa aku tak cakap bila tapi tak lama lagi mohon doa kalian semoga apa saja urusan dipermudah dan di bawah lindungan Allah ;)

yakin pada Allah. Dia maha tahu apa yang kita tak tahu :)