assalamualaikum.
semoga semua diberkati illahi. aku lagi sedang release stress muscle yang dari tadi tengok screen laptop. need to read the notes on the screen because my printer out of ink! ok, aku telebih =.='
aku jujur, aku jenis yang sangat jarang tengok movie SAMPAI HABIS. sebab, aku akan ambil masa lebih kurang 3 atau 4 hari untuk habiskan satu movie sebab aku rasa bersalah tengok movie. nak belajar la katakan. insyaAllah.so, aku rasa bosan dengan movie tu jadi aku tak habiskan. heee
tajuk entry ne, tajuk movie aku tengok after study. aku sangat rasa . . . (speechless)
let me tell you tanda-tanda sebelum kematian.
- 100 hari sebelum kematian- bergegar seluruh badan dari hujung rambut sehingga hujung kaki bagi hamba Allah yang dikehendaki. namun, bagi mereka yang lalai.. petanda ini akan pergi bersama kelalaian mereka.
- sesungguhnya ada hikmah kenapa dilarang tidur selepas asar. apa yang aku sedar, sebenarnya Allah nak bagi kita petanda bahawa kita akan dicabut nyawa dan beribadat kepadanya. peringatan bagi kita, ajal maut di tangan Allah. semoga kita bukan dari golongan yang lalai. aminn
- 40 hari sebelum kematian - berdenyut bahagian bawah perut selepas asar kerana sudah terjatuh 'daun' dari pokok di Arasy Allah. ketika ini, Allah telah menyampaikan kepada malaikat maut untuk sentiasa melihat kita dan mengekori kita.
- waktu ini, bakal tetamu Allah akan merasa diekori dan mula merasa kebingungan dan risau mengenai dirinya seakan-akan tahu mengenai 'jemputan' ini. namun bagi yang lalai, tidak merasa apa-apa. nauzubillah.
- 7 hari sebelum kematian - berselera ketika makan selepas lama tidak berselera.
- jadi beringat ketika makan, walaupun kita tengah menghadap rezeki dari Allah. ajal maut tidak mengenal siapa kita. baca doa sebelum makan, insyaAllah kita masih ingat kepada Allah ketika nyawa dihujung tengkuk.
- 3 hari sebelum kematian - pada waktu selepas asar, berdenyut di tengah dahi, mata kurang bersinar, hidung dan telinga jatuh (hilang seri). kaki mula terlunjur ke depan. pada waktu ini, kita insyaAllah akan menyedari kita tidak akan bertemu dengan asar pada keesokan harinya.
sesungguhnya, terputus amalan seseorang itu apabila sudah meninggal kecuali tiga perkara:
- amal jariah
- ilmu yang bermanfaat
- doa anak-anak yang soleh.
kawan-kawan, apa yang penting percaya pada qadha dan qadar. ketentuan Allah tiada yang dapat menghalangnya. entry ne cuma nak berkongsi ilmu yang aku dapat hari ne. semoga kita sentiasa beringat, dunia hanya sementara, akhirat itu yang abadi. dunia ini tempat kita mengumpul amalan sebanyak mungkin. aku juga baru sedar, tujuan kita yang utama ialah Janatullah. Aminn.
semoga kawan-kawan beroleh manfaat baca ne :) dan yang penting, semoga kita sama-sama menyedari bila pemergian kita nanti dan menyediakan diri kita menghadap pencipta. ingat, APA YANG PALING DEKAT DENGAN KITA ADALAH MATI. ingat mati dapat pahal tau. kalau aku takde nanti, doakan aku baik-baik di sana nanti :D insyaAllah.
assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment