Monday, January 21, 2013

happy & takut

assalamualaikum wbt :)

alhamdulillah. hihi aku masih hidup. aku duduk kat rumah dari hari ahad yang lepas, 13hb. sekarang dah kat rumah nearly two weeks. dan aku hanya duduk berkecimpung dan menjadi anak sejati tanpa menghiraukan urusan duniawi! agh. aku baru je pindah tempat bau. dulu kan aku stay lawas, sekarang aku dah stay miri dan tempat tinggal aku ni tak happening! bukan takde party or sort of that things.. umm kurang sikit 'nampak' ''manusianya. huhu kononnya nak jadi jiran mulia. dokk? hehe :P

aku suka benda yang tiba-tiba. means, kita tak plan benda tu sebab bagi aku, kalau aku dah lama plan, hemmm alamat meme takkan jadilah. ke aku yang 'tak menjadikannya'? hihi dan pada tarikh aku dah bebas kejap, on 12hb aku masih ada paper advanced microbiology. aku dan kawan-kawan suddenly plan pegi steamboat dan benda tu jadi! wahahha aku suka makan banyak :3 aku memang dah lama nak makan ramai-ramai macam ni, tapi keadaan tak mengizinkan. tapi akhirnya, dapat juga T_T

before aku makan, hepi je muka :DDD sedap kot >.<

tapi akhirnya, muka aku yang paling layu -.- yelah, dah jam 1.00 pagi kot. huhu



dan sekarang ni, aku dah rasa nervous! uhuhhhhh  takut! bukan apa, on 23rd final result dah keluar! hah nak pengsan kejap -.- tapi nak juga bukak mata sebab nak tengok result 0_0. ahh nak pengsan juga >.< menakutkannya menakutkannya XD

ohh.. harap apa yang aku dapat kali ni, setimpal dengan aku usahakan. uhuuu tak tau macamana nak gitau rasa dalam hati ni. lagi-lagi sekarang ni aku dilanda musibah. uhuuu. redha. salah aku sendiri juga. kan dah kena. kalau aku dah recover sepenuhnya aku gitau, tapi kalau tak recover tu. aku tak tau la nak gitau ke tak :'(

"sesunggunhya beruntung bagi orang yang sakit, kerana menunjukkan Allah masih sayang kita. Kenapa pula Allah sayang kita? sebab Allah masih bagi perhatian dengan memberi ujian untuk kita menambahkan iman dan taqwa :) "

semoga aku berkesempatan menggunakan saat ini untuk perbaiki diri :( 
guys, doakan aku dapat keputusan yang 'sedap mata memandang' dan sembuh dari musibah ini.

innalillah wa innailahi rajiun.

lots of love,
aten


Friday, January 11, 2013

percaya

assalamualaikum wbt.

hai, dah lama aku nak cakap pasal benda ni. one of the essence to 'plant' your love to somebody. ehh.. pandai-pandai pula si aten ni. bukan jujur ke? bukan setia ke? bukan bertanggungjawab ke? but, first and foremost, this is only my opinion. i just want to share my thoughts. okey?

kalau nampak percaya ni terbayang apa? kalau aku, aku terbayang sesuatu yang sejati. adui abstrak sangat. haha. hampir semua orang dalam dunia at least akan percaya sesuatu. kan? apa yang membuatkan percaya ni jadi salah satu intipati dalam menyemai rasa cinta? haa ni share ni ^^

kita tak ambik jauh untuk contoh. kita lihat dalam agama kita sendiri. setiap agama ada kepercayaan masing-masing. ha! nampak tak kata dasar 'kepercayaan' tu? PERCAYA. dalam agama islam sendiri di dalam rukun iman, telah menyatakan:
  1. beriman kepada Allah
  2. beriman kepada malaikat-malaikat
  3. beriman kepada kitab-kitab
  4. beriman kepada nabi dan rasul
  5. beriman kepada hari kiamat
  6. beriman kepada qada dan qadar
beriman, iman itu sendiri dari segi istilah mempercayai dengan hati, mengaku dengan lisan dan mengamalkan dengan perbuatan dan anggota.  jadi, Allah dah bagi kita tips bagaimana nak cinta Dia :) inshaa Allah, kita semua boleh menjadi hamba yang beriman dan bertaqwa. 

tapi, di sini.. kita nak cari macamana nak sayang dan cinta manusia juga kan.? dari hasil pemerhatian aku, percaya itu sangat penting dalam sesuatu perhubungan. tidak kira keluarga, sahabat dan suami isteri. auww sweet ^_^

persoalannya, apa yang membuatkan korang percaya dengan orang? apa yang membuatkan korang setia dengan orang itu? apa yang membuatkan korang jujur dengan orang itu? 

what if, korang kenal orang tu. macamana perangai dia, sikap dan tabiat dia. dan korang percaya dengan dia. bila korang percaya dengan dia, korang bersikap jujur ngan dia. kan? takdenya korang sukahati nak bagitau rahsia sukahati dengan orang yang tak dipercayai. betul tak? ke aku yang syok sendiri ni? dan bila korang jujur  dengan orang tu, baru rasa kesetiaan. bukan kesetiaan kenapa, kerana takut dikhianati dan 'dicabuli'. "kenapa lah pulak aku nak rasa takut nak dikhianati?" mesti sudah timbul rasa sayang. yelah, kalau kita tak kesah pasal seseorang tu, kita tak ambik peduli apa dia buat kan. lantaklah nak buat apa. aku tak kesah. kan?

but then, bila kita dikhianati, kita rasa kecewa. "pesal nak rasa kecewa pula?" sebab kita percaya orang tu, kita jujur, kita setia dan kita sayang orang tu.. itu yang buat kita kecewa bila sesuatu yang tak diingini berlaku. 

jadi maknanya, kalau ingin sesuatu itu manis dan terjaga. semaikan rasa percaya kita dalam hati terhadap orang itu. tapi aku ada dengar. "we have to suspect before we trust" betul tak? mustahil korang tak pernah rasa ragu-ragu ngan kawan-kawan dan orang sekeliling. jadi, memang boleh je nak suspect orang tu. aku pun selalu juga. takkan nak percaya bulat-bulat kot ngan orang tu. tapi kita boleh elakkan prasangka buruk itu dengan menyelami sikap yang baik dan terpuji dalam diri seseorang. 

famili kita pun sama, aku sembilan orang adik beradik. agak payah juga nak percaya bulat-bulat sebab belum kenal hati sangat. bukan setiap seorang siblings kita tau rahsia kita kan? bayangkan, famili yang dah lama bersama kita, makan tidur buang ehem mandi kentut sma-sama. pun masih menanam rasa percaya tu. kenapa nak tanam rasa percaya? kerana hati kita sayang dengan keluarga. merekala orang paling terdekat. darah daging sendiri tu. mana nak replicate sukahati?? =.=' 

dan bagaimana dengan ingin menyayangi Allah? selami dan hayati rukun iman. amalkan. okey? inshaa Allah. kita jumpa kat syurga nanti sama-sama eh? aminn :) 


so so so. paham tak aku cakap ni.? aku memang kalau bab 'berkunyanyang' (dalam bahasa aku, membebel) nombor satu. hahah. untunglah sapa jadi suami aku. dapat bini bising. :DDD 

till then, any sharing. we can "story-story" maa :)

lots of love,
aten

Thursday, January 10, 2013

akhir-akhir ni

assalamulaikum wbt.

alhamdulillah. yeayyy! aku dah habis exam. ah tipu. ada lgi dua paper, field technique for biotechnology dan advanced microbiology. so faaaar so good. uhm uhm. aku kurang sikit performance semalam. ececeh.. yela. aku miscounting the day aku berperang. waduhh. sungguh tak dapat concentrate waktu paper. rasa nak nangis. nanti lau nangis, orang pikir aku ne kepayahan jawab exam. sabar je. dan minta Allah bagi aku kuat untuk jawab sampai habis. T_T

nasib jawab sampai habis. memang sejak 6 paper aku lalui. aku rasa aku dah makin pandai masak. haha! aku dah pandai menggoreng >.< wehee. teori semata-mata. syukur, nasib ada minat dalam hati yang buat aku tabah nak menjawab dengan baik sekali. 

dan pressure waktu final exam week ni, aku tak dapat kolej kediaman. i deserve it. aku tak berapa aktif kali ni sebab satu, berebut nak join aktiviti. dua, bila aku nak masuk aktiviti tu ada saja assignment yang amat SERONOK. maka, aku pentingkan apa yang penting. kan? dan aku takut juga nak  gitau parents yang aku tak dapat kolej. but then, i tell them i cannot focus enough if i join the party. party lah sangat. =.= dan akibatnya.... bapa aku nak tengok result aku semester ni yang menunjukkan better sebelum ne. wah cuak aku cuak! semoga apa yang aku usahakan, berbaloi dengan apa yan aku dapat. huhu.

that all, ada lagi paper petang ni. semoga aku dapat jawab dengan excellent. 

lots of love,
aten

Tuesday, January 1, 2013

The one that fade away


Assalamualaikum wbt.

Hari ni aku belajar macam biasa. Fyi, aku dah sampai unimas dari hari jumaat lepas lagi. Aku stuck dalam bas selama 20 jam! >.< sebab bas rosak. Perjalanan ambil masa dua kali ganda. Sabar memang sabar kan.

Lepas aku belajar petang tadi, aku nak packing. Yeppy! Awal kan? Sebab aku balik 13hb nanti. Wehee :D but then my final is just 2 days left.

Dan semasa aku kemas buku-buku dan nota aku, ku sangka baik-baik aja. Rupanya tidak. Huhu hampir 30% nota aku basah :( sebab aku letak dalam almari bawah sinki. My bad, it is.

Waktu aku pilih mana yang ok dan yang tak ok, aku jumpa satu buku. Ordinary book. Buku nota sebenarnya. Dan bila aku buka, rupanya buku waktu matriks. Bukan buku sebarang buku. Buku tu aku pakai kononnya untuk signature waktu farewell di matriks. Dan bila aku baca aku jadi sedih sebab rindu ngan dorang. Amat! H3T20 dan B3.27 the best :D

Semuanya mendoakan yang baik-baik untuk aku. Terima kasih kawan-kawan. Even -antara semua aku antara yang paling mental dan gila (most of them admit it =.='') well oh well, aku kan. Sejak bila tak senget? Hahha XD

Lepas aku baca balik ucapan.. Umm ucapan ke tu? Whatever. Aku sedar yang aku ni kuat merajuk! Hahah sedar diri la cik patin oi. Tak hengat diri la tu. Pandang cermin sikit. Eh banyak-banyak la. =.= boo fatin. Booo.. Memang aku kuat merajuk. Hihi.

Aku baca satu-satu. Hmm aku mau post gambar tapi banyak personal. Personal lah sangat. Hihi. Dan tiba di satu muka surat. Kawan aku qila yang tulis.



Terima kasih Aqilah Musfirah, sebab anda bersedia dan menerima aku seadanya. Seriusly, I miss u very much. :( bila baca yang ko tulis untuk aku, baru teringat balik. Memang nostalgia bah ni buku. Ingat lagi sebelum kita tidur, kita punya imagination. Macamana mau jadi samsengla. Macamana mau jadi ayula. Miss it. Dan paling tak lupa yang kita karaoke sebelum tidur! Hahaha dahla pakai hp ja tingu video. Huh. Sekejapnya masa berlalu. Dan semestinya paling tak lupa, pasal mau pegi pantai. Pasal konflik. Pasal kek cheese. Pasal squirrel! OMG! Kenapa juga aku begitu qila?? Of course aku ingat ko akan terpacak di meja tingu anime dan makan cereal.huhu miss u.

The one that fade away. So sorry kalau inda keep in touch as I promise before. Hhuhu ko tau juga kan aku inda mengisi kredit. Hahah :DD

Last but not least, do your very best to be a mariner. Keep my dream with u T_T even I really want it. Huhu

Lots of love,
Aten