Thursday, May 30, 2013

Syukur padaMu ya Allah



FYP. Y U NO EASY?

penat. ngantuk. terhantuk-hantuk.

sekarang aku berada di semester kedua. tahun kedua. maknanya, within months, aku dah jadi budak final year. once, aku sangat kecewa bila dapat kos biotek ni. kononnya nak menyelam lautan biru. kononnya nak belajar lebih tentang akuatik. itu dulu.

dari bulan ke bulan, aku pujuk hati aku yang apa Allah bagi semuanya best2. takde yang tak best. admit it! :D

dan subjek yang aku belajar since aku jadi budak biotek ni, microorganisms yang sangat banyak! aku dulu pernah cakap, kenapa la nak belajar pasal benda yang kecil lagi degil ini? tak ke macam merapu. hoihhh bangga diri betul la kan. tapi sekian lama belajar, seronok sebab from a simple thing boleh buat bencana, inikan pula manusia. ehh =.= dan di saat ini, haa ambik kau. sekarang lagi terkontang kanting. kenapa? nak pilih final year project laaa D:

kawan-kawan aku yang lain ramai dah dapat. agaknya aku seorang je yang tak dapat. kelmarin aku dah jumpa lecturer nak under supervise dia. dia kata kalau ada apa-apa dia akan email. but then, i am waiting from 5 pm yesterday until today. rasa nak nangis. uhhhh 

ye.. orang kata terima je. tak perlu memilih. aku cuma takut aku tak dapat angkat benda  tu. kelebihan masing-masing. keburukan kelemahan pun masing-masing. selagi kita ada pilihan, kita lawan. 


wuu T^T 

Saturday, May 25, 2013

zaman kini

sejak aku jadi pelajar, sangat banyak benda yang aku belajar.

sejak aku belajar, sangat banyak benda yang aku baru sedar.

semakin banyak yang aku sedar, sangat banyak ku fikir perkara itu tidak wajar.


hari- hari kalau dalam kelas natural resources management and legislation mengajar aku erti menghargai  keadaan sekeliling kita. kelas ni lebih kepada cara kita menggunakan, menguruskan, mengeluarkan sumber alam dsb. memang, waktu mula-mula aku masuk, aku tak faham. aku duduk je. tengok lecturer tu ajar. kepala pegi tempat lain. tapi, dari hari ke hari topik pembelajaran bertambah serius. dan lantas jadi serius =.= apakah.

dunia sekarang berbeza dengan masa lalu. senang je nak bandingkan. kalau kita lihat pokok buah yang masak ranum, apa dalam fikiran korang? mesti ada di antara kita yang terfikir untuk menjualnya kan? itulah. dunia sekarang. apa yang dipandang adalah berdasarkan nilai mata wang yang bakal digenggam walaupun sebentar cuma. namun, semoga masih ada yang menghargai nilai disebaliknya.

aku hairan. aku takut. aku kaget. apa akan jadi pada bumi kita masa nanti? pelbagai teknologi yang sangat maju lagi ke hadapan untuk mengurangkan pencemaran, mengawal kepanasan, menguruskan hasil bumi. bagi aku, semua itu tiada guna. kenapa? bayangkan, kita terhegeh-hegeh potong hutan sana sini. bunuh haiwan sana sini. katanya mahu majukan negara. katanya mahu membangunkan bangsa. tapi kan pula bila kerja kosong mula terisi dari hari ke hari, apa yang boleh kita sintesis jika tiada isi bumi????

memang, ramai berkata "jadi, kalau kau tak setuju. tak perlu kerja. duduk diam di rumah." hmm. aku bukan salahkan orang yang mencari kerja. aku cuma kecewa dengan cara pengurusannya.

berdasarkan bacaanku, bagi program penanaman semula pokok ada 1 pokok bagi 10 pokok yang tebang. tidak percaya? google sendiri. aku bukan berkata kemajuan itu tidak penting. cuma, keadaan sekeliling kita lagi penting! tumbuhan sangat penting bagi membekalkan oksigen dan neutral kan balik udara kita. menyegarkan bumi kita yang semakin panas. kecoh tentang pemanasan global? itu semua dari kita. 

manusia. dunia ini hanya sementara. jangan terlalu taksub dengan nikmat dunia kerana Allah menjanjikan nikmat syurga tiada tara. Allah berjanji sentiasa ditepati. lebih baik berharap kepada yang menepati. Allah yang Maha Esa. kerana semua rezeki datang darinya. alam ini miliknya. semua ini pinjaman dariNya. tidak malukah jika dipersoal kerana penyalah gunaan. nauzubillah. semoga kita dijauhkan dari golongan tersebut. hargailah yang ada. usahkan dikejar benda yang belum pasti. memang dengan kuasa mereka bisa. tapi ingat, Allah Maha melihat.

peringatan untuk aku. 
ingat Allah sahaja yang berkuasa.
usahkan takut kepada mereka.
mereka juga hamba seperti aku.

kecewa.



Friday, May 24, 2013

Pengakhiran semester 4 di ambang.

Nota yang paling banyak lukisan agaknya.
Selamat study lovely ^^

Wednesday, May 22, 2013

gula buat kita jadi tua?

assalamualaikum.

gula.

sapa la yang tak tau pasal gula kan. semua suka benda manis tak? aku pun suka. tapi aku tak suka gula. well, tau tak kalau too much consumption of sugar can lead to unhealthy life? semua orang tau tapi buat juga. cara senang nak berdiet adalah kurangkan gula. 


gambar yang aku tunjuk ni bukan nak suruh korang banned ke atau boikot minuman-minuman ni. aku nak tunjuk yang berapa banyak gula setiap tin atau botol yang korang minum. korang? yee, sebab aku sangat-sangatlah jarang minum air yang manis ni. cuba korang bayangkan, untuk setiap kandungan gula tu. makan macam makan nasi, agak-agak sanggup tak? mesti nak berbuih mulut kan? haha

once, dulu aku sangat suka minum air f&n orange dan strawberry. lagi-lagi kalau sejuk. perghh punya lazat. tapi, waktu aku form 3 mama suruh aku berpantang. yelah, nak jaga fikiran sebab nak pmr kan? jadi, oleh kerana dah biasa tu. aku pun... elakkan dari minum yang manis. even aku buat teh, aku tak campur gula. ye pahit >.< ! tapi aku sentiasa ingatkan diri aku, badan ni Allah yang bagi pinjam. hendaklah jaga dengan baik apa yang dipinjamkan. hihi

btw, untuk betulkan. diet bukannya bermaksud kurangkan kuantiti makanan. tapi, gaya pemakanan yang sihat. get it? :)

untuk setiap minuman karbonat yang kita minum, mempunyai pH yang sangat rendah which hampir sama dengan pH hujan asid. kalau tak caya, google. jadi, setiap tegukan kita boleh membunuh beribu sel kita. banyak tak? sel kita mati sebab tekanan yang sangat tinggi kerana kandungan gula yang banyak menyebabkan sel kita mati atau dalam 'hypertonic'. hypertonic ni maksudnya kandungan air sangat sikit sehingga sel kekeringan dan perkara tadi boleh berlaku.


so, oleh kerana sel banyak mati. kita mempercepatkan lagi tempoh penuaan kita. nak awet muda katanya. dahla kita kurang mengamalkan gaya hidup sihat. lagi-lagi ambik makanan dan minuman yang tak sihat. 

ni baru satu keburukan gula. banyak yang boleh ganti manisan dalam makanan. buah-buahan kan banyak. lagi sedap dan manis. memberi khasiat yang sangat banyak. 

jadi, aku just menyampaikan. terpulang nak terima atau tidak. hakikatnya, kadar penduduk Malaysia yang menghidapi diabetes semakin meningkat dari hari ke hari. 

"you are what you eat"

Tuesday, May 21, 2013

ulser

sangat mengantuk..

sejak berberapa minggu kebelakangan ni, sangat banyak presentation. kalau berbincang ngan kawan sampai confuse information pasal apa. lagi-lagi kawan dalam group mostly sama for every subject.

aku kena ulser. ya Allah. nak cakap susah. waktu present untuk visit report tadi pun aku buat-buat tak tau je ada ulser. lepas dah habis, T.T Allah je tau. nak senyum tu, terpaksa control dengan tutup mulut sebab nak kawal keluasan bibir. nak gelak, rasa nak koyak! dah ulser ngam-ngam atas bibir. perghhh =.= lazat sampai berair mata. orang kata kalau minum air banyak, boleh kurangkan sebab temperature badan boleh turun. so, aku minum air sangat banyak sampai aku sendiri tak tahan asyik pergi toilet >.< but, the more i drink, my lips getting drier. it really hurt and make me confuse. 0.o actually, it been 5 days ulser ni berkecimpung. aku biar. sebab aku rasa boleh handle. lastly, pegi la juga. kena bagi vitamin B & C. am i in vitamin deficiency state? 

dah tu aku buat la reflection.

baru-baru ni aku baca kisah nabi yaakub semasa baginda ditimpa sakit yang sangat teruk dan Allah telah tarik nikmat kekayaan dan kesenangan. selama 7 tahun baginda jatuh sakit teruk. 

dari cerita ni, aku refleks diri sendiri la. aku baru sakit 5 hari untuk ulser ni. sedangkan aku sihat wal afiat dengan bibir ni berapa tahun.? Allah baru nak uji aku sikit. aku dah merungut. aku dah meraung. sedangkan sebelum ni aku gelak ketawa terbahak-bahak. jenaka sana sini. gelakkan orang or etc. aku hampir lupa, kegembiraan tu Allah yang bagi. lihat sekarang, Allah tarik nikmat ketawa (seperti bukan aku sebelum ni). tarik nikmat bercakap dengan petah sekali. nauzubillah Allah tarik nikmat bercakap. 

Allah nak bagi aku ingat yang kat dunia bukan selamanya. cinta sejati ada bersama Dia. aku khilaf dalam menyusur jalan. aku khilaf dalam menhitung detik. subhanallah. astaghfirullah. ampunkan dosaku ya Allah. 

aku hanya berusaha mengambil ubat ni ya Allah. Engkau yang berhak di atas sesuatu. yang menentukan. yang menyempurnakan. yang melaksanakan. 

syukur padamu Illahi ^_^
sayang Allah.

Sunday, May 19, 2013

bako

assalamualaikum.

waa 20 hari lagi tinggal untuk final! aghh aku tak post apa-apa.. tup tup dah cerita pasal final. tak lama lagi final. ok just study smart. wee :D

btw, minggu lepas aku ada pegi taman negara bako. walaupun aku orang sarawak, aku sangat jarang untuk melawat tempat-tempat bersejarah atau taman-taman macam ni. dan sepanjang aku berada di unimas ni untuk semester ni, aku  rasa 5 kali je aku keluar. uhh aku tak tau nak pegi mana sebenarnya. nak tengok wayang, banyak lagi movie yang aku tak tengok dalam laptop. beli barang? kedai kecik2 dalam U ni banyak. jadi, duduk diam dalam bilik adalah pilihan yang bijak untuk setiap hujung minggu. hee

aku pergi bako ni pun curi-curi masa free aku. kalau ikutkan banyak je task yang perlu disiapkan. tapi memandangkan aku dah lama tak spend masa ngan kawan-kawan. lagi nak menikmati alam.. aku pun ambik la kesempatan ini. dah dua tahun baru nak jalan =,=







no caption needed i guess. 
till then.
assalamualaikum ^^