Saturday, May 25, 2013

zaman kini

sejak aku jadi pelajar, sangat banyak benda yang aku belajar.

sejak aku belajar, sangat banyak benda yang aku baru sedar.

semakin banyak yang aku sedar, sangat banyak ku fikir perkara itu tidak wajar.


hari- hari kalau dalam kelas natural resources management and legislation mengajar aku erti menghargai  keadaan sekeliling kita. kelas ni lebih kepada cara kita menggunakan, menguruskan, mengeluarkan sumber alam dsb. memang, waktu mula-mula aku masuk, aku tak faham. aku duduk je. tengok lecturer tu ajar. kepala pegi tempat lain. tapi, dari hari ke hari topik pembelajaran bertambah serius. dan lantas jadi serius =.= apakah.

dunia sekarang berbeza dengan masa lalu. senang je nak bandingkan. kalau kita lihat pokok buah yang masak ranum, apa dalam fikiran korang? mesti ada di antara kita yang terfikir untuk menjualnya kan? itulah. dunia sekarang. apa yang dipandang adalah berdasarkan nilai mata wang yang bakal digenggam walaupun sebentar cuma. namun, semoga masih ada yang menghargai nilai disebaliknya.

aku hairan. aku takut. aku kaget. apa akan jadi pada bumi kita masa nanti? pelbagai teknologi yang sangat maju lagi ke hadapan untuk mengurangkan pencemaran, mengawal kepanasan, menguruskan hasil bumi. bagi aku, semua itu tiada guna. kenapa? bayangkan, kita terhegeh-hegeh potong hutan sana sini. bunuh haiwan sana sini. katanya mahu majukan negara. katanya mahu membangunkan bangsa. tapi kan pula bila kerja kosong mula terisi dari hari ke hari, apa yang boleh kita sintesis jika tiada isi bumi????

memang, ramai berkata "jadi, kalau kau tak setuju. tak perlu kerja. duduk diam di rumah." hmm. aku bukan salahkan orang yang mencari kerja. aku cuma kecewa dengan cara pengurusannya.

berdasarkan bacaanku, bagi program penanaman semula pokok ada 1 pokok bagi 10 pokok yang tebang. tidak percaya? google sendiri. aku bukan berkata kemajuan itu tidak penting. cuma, keadaan sekeliling kita lagi penting! tumbuhan sangat penting bagi membekalkan oksigen dan neutral kan balik udara kita. menyegarkan bumi kita yang semakin panas. kecoh tentang pemanasan global? itu semua dari kita. 

manusia. dunia ini hanya sementara. jangan terlalu taksub dengan nikmat dunia kerana Allah menjanjikan nikmat syurga tiada tara. Allah berjanji sentiasa ditepati. lebih baik berharap kepada yang menepati. Allah yang Maha Esa. kerana semua rezeki datang darinya. alam ini miliknya. semua ini pinjaman dariNya. tidak malukah jika dipersoal kerana penyalah gunaan. nauzubillah. semoga kita dijauhkan dari golongan tersebut. hargailah yang ada. usahkan dikejar benda yang belum pasti. memang dengan kuasa mereka bisa. tapi ingat, Allah Maha melihat.

peringatan untuk aku. 
ingat Allah sahaja yang berkuasa.
usahkan takut kepada mereka.
mereka juga hamba seperti aku.

kecewa.



No comments:

Post a Comment