Tuesday, May 21, 2013

ulser

sangat mengantuk..

sejak berberapa minggu kebelakangan ni, sangat banyak presentation. kalau berbincang ngan kawan sampai confuse information pasal apa. lagi-lagi kawan dalam group mostly sama for every subject.

aku kena ulser. ya Allah. nak cakap susah. waktu present untuk visit report tadi pun aku buat-buat tak tau je ada ulser. lepas dah habis, T.T Allah je tau. nak senyum tu, terpaksa control dengan tutup mulut sebab nak kawal keluasan bibir. nak gelak, rasa nak koyak! dah ulser ngam-ngam atas bibir. perghhh =.= lazat sampai berair mata. orang kata kalau minum air banyak, boleh kurangkan sebab temperature badan boleh turun. so, aku minum air sangat banyak sampai aku sendiri tak tahan asyik pergi toilet >.< but, the more i drink, my lips getting drier. it really hurt and make me confuse. 0.o actually, it been 5 days ulser ni berkecimpung. aku biar. sebab aku rasa boleh handle. lastly, pegi la juga. kena bagi vitamin B & C. am i in vitamin deficiency state? 

dah tu aku buat la reflection.

baru-baru ni aku baca kisah nabi yaakub semasa baginda ditimpa sakit yang sangat teruk dan Allah telah tarik nikmat kekayaan dan kesenangan. selama 7 tahun baginda jatuh sakit teruk. 

dari cerita ni, aku refleks diri sendiri la. aku baru sakit 5 hari untuk ulser ni. sedangkan aku sihat wal afiat dengan bibir ni berapa tahun.? Allah baru nak uji aku sikit. aku dah merungut. aku dah meraung. sedangkan sebelum ni aku gelak ketawa terbahak-bahak. jenaka sana sini. gelakkan orang or etc. aku hampir lupa, kegembiraan tu Allah yang bagi. lihat sekarang, Allah tarik nikmat ketawa (seperti bukan aku sebelum ni). tarik nikmat bercakap dengan petah sekali. nauzubillah Allah tarik nikmat bercakap. 

Allah nak bagi aku ingat yang kat dunia bukan selamanya. cinta sejati ada bersama Dia. aku khilaf dalam menyusur jalan. aku khilaf dalam menhitung detik. subhanallah. astaghfirullah. ampunkan dosaku ya Allah. 

aku hanya berusaha mengambil ubat ni ya Allah. Engkau yang berhak di atas sesuatu. yang menentukan. yang menyempurnakan. yang melaksanakan. 

syukur padamu Illahi ^_^
sayang Allah.

No comments:

Post a Comment