Tuesday, January 1, 2013

The one that fade away


Assalamualaikum wbt.

Hari ni aku belajar macam biasa. Fyi, aku dah sampai unimas dari hari jumaat lepas lagi. Aku stuck dalam bas selama 20 jam! >.< sebab bas rosak. Perjalanan ambil masa dua kali ganda. Sabar memang sabar kan.

Lepas aku belajar petang tadi, aku nak packing. Yeppy! Awal kan? Sebab aku balik 13hb nanti. Wehee :D but then my final is just 2 days left.

Dan semasa aku kemas buku-buku dan nota aku, ku sangka baik-baik aja. Rupanya tidak. Huhu hampir 30% nota aku basah :( sebab aku letak dalam almari bawah sinki. My bad, it is.

Waktu aku pilih mana yang ok dan yang tak ok, aku jumpa satu buku. Ordinary book. Buku nota sebenarnya. Dan bila aku buka, rupanya buku waktu matriks. Bukan buku sebarang buku. Buku tu aku pakai kononnya untuk signature waktu farewell di matriks. Dan bila aku baca aku jadi sedih sebab rindu ngan dorang. Amat! H3T20 dan B3.27 the best :D

Semuanya mendoakan yang baik-baik untuk aku. Terima kasih kawan-kawan. Even -antara semua aku antara yang paling mental dan gila (most of them admit it =.='') well oh well, aku kan. Sejak bila tak senget? Hahha XD

Lepas aku baca balik ucapan.. Umm ucapan ke tu? Whatever. Aku sedar yang aku ni kuat merajuk! Hahah sedar diri la cik patin oi. Tak hengat diri la tu. Pandang cermin sikit. Eh banyak-banyak la. =.= boo fatin. Booo.. Memang aku kuat merajuk. Hihi.

Aku baca satu-satu. Hmm aku mau post gambar tapi banyak personal. Personal lah sangat. Hihi. Dan tiba di satu muka surat. Kawan aku qila yang tulis.



Terima kasih Aqilah Musfirah, sebab anda bersedia dan menerima aku seadanya. Seriusly, I miss u very much. :( bila baca yang ko tulis untuk aku, baru teringat balik. Memang nostalgia bah ni buku. Ingat lagi sebelum kita tidur, kita punya imagination. Macamana mau jadi samsengla. Macamana mau jadi ayula. Miss it. Dan paling tak lupa yang kita karaoke sebelum tidur! Hahaha dahla pakai hp ja tingu video. Huh. Sekejapnya masa berlalu. Dan semestinya paling tak lupa, pasal mau pegi pantai. Pasal konflik. Pasal kek cheese. Pasal squirrel! OMG! Kenapa juga aku begitu qila?? Of course aku ingat ko akan terpacak di meja tingu anime dan makan cereal.huhu miss u.

The one that fade away. So sorry kalau inda keep in touch as I promise before. Hhuhu ko tau juga kan aku inda mengisi kredit. Hahah :DD

Last but not least, do your very best to be a mariner. Keep my dream with u T_T even I really want it. Huhu

Lots of love,
Aten

Sunday, December 23, 2012

i'm home bebeh!

assalamualaikum wbt

wallaaah.. this is it.! :D gaya farah terus. hahaha. well oh well. where am i right now? i'm home!!! hehe. dari hari khamis lepas lagi tapi takde internet . ada pun tumpang abang aku punya broadband. terima kasih daun keladi. weheee ^^

aku balik sorang-sorang. yes. dari kuching ke miri. alaaa.. setakat tu je kot nak bangga. ehemm aku tak bangga. even naik bas. NAIK BAS ok? aku duduk dalam bas tu selama 14 jam yang hakikatnya perjalanan adalah selama 10jam sahaja. aku awal-awal lagi kegembiraan jadi rasa nak jerit dalam bas sebab lama sangat.

yang agak kureng di sini, keadaan dalam bas. aku memang tak makan dalam bas sebab aku takut muntah lagi-lagi aku sorang. lau ada apa-apa payahnya, aku juga -_- dah tu. boleh pula la orang dalam bas tu makan durian! arghhhh aku memang peminat durian ke, tempoyak ke. yang aku tak dapat terima, bau tu. aduihhh. semerbak amat dalam bas. aku nak tutup hidung duapolohempat jam meme tak ah. aku bersabar dan buat cool. cool sangatt. fyi, tempat duduk aku kat tepi bahagian tengah. mula-mula bahagian dalam tapi tak tahan sejuk aku beralih ke dalam. uhhh.. sukahati je orang langgar aku. aku nak marah, tapi aku rasa macam tak berbaloi. jadi berdiam diri. hmm 

dan akhirnya aku sampai ke miri jam 1.30 am. dari jam 10.00 am bertolak. bayang betapa kerasnya punggung nak duduk atas kerusi tu. nasib aku tak naik kereta kuda. -.- sapa suruh nak balik juga. 

tak plan pun nak balik. ikut kira, nak balik minggu depan, 25hb. tapi atas perbincangan dengan roomate, alang-alang menyeluk pekasam, aku terus berenang-renang. hahahha apalagi, aku gitau ngan mama yang aku decide balik hari khamis pagi tu. malam rabu aku bagitau. huhu. mama agak risau juga, yelah anak daranya sorang naik bas. dah tu aku bagi keyakinan dengan mengatakan, "ma, janganla sebut. jangan risau, aku ambik bas pagi" sebab aku assume awal sampai around 9pm but then, still 1.30 am. apapun alhamdulillah :) aku dah sampai dah ne. hehe.

macam biasa, takdenye nak enjoy sebab final is coming another 10 days left :) insyaAllah jadual ni akan dipatuhi, hehe, that all from me. salam.


Sunday, December 16, 2012

since aku budak sains

assalamualaikum wbt.

budak sains berbeda dari budak medik. dari ejaan dah tau la =.=' kalau kat unimas, kampus utama ni boleh beza dia budak engineering, budak seni, budak IT dan budak FSTS also etc. fakulti sains dan teknologi sumber. fakulti aku. boleh kenal sebab most of us pakai  spek. ehh? aku pun baru perasan sejak hampir 3 semester kat sini. memang kot. kot kot. kan..

dan semenjak aku berkecimpung dalam bidang ni, aku rasa semakin aware dengan keadaan sekeliling. P-O-Y-O & B-A-J-E-T. ok tipu sangat. hahah. aku agak sedar dengan kondisi badan aku la. aku rasa sangat bersyukur kerana masih di bagi pancaindera yang sempurna. ramai lagi yang kurang upaya di luar sana samada zahir atau batin. eh yang tak nampakla. bukan batin =.=' 

asal masuk kelas, ada saja penyakit2 baru yang muncul. baru aku tau la. bukan kitaorang discover. dan benda ni buat aku sedar, dari sekecil-kecil kesalahan dalam badan boleh binasa seluruhnya. dan subhanallah! Allahuakbar! sungguh terperinci penyusunannya dalam badan kita. dengan tertutup kemas dengan tisu dan terlindung dari segala ancaman luar. dan apa yang diciptakan ada hikmahnya. alhamdulillah ya Allah. segala puji bagiMu, Tuhan sekalian alam :)

dan bayangkan kalau ada yang tak tertutup, tak ke keluar organ2 tu *_* tak ke geli. euw euw. that why la, manusia ni sebaik-baik ciptaan. appreciate it guys. but how? dengan selalu 'menggunakannya ke arah yang baik' agar tidak dibakar di dalam api neraka. nauzubillahi minzalik. minta dijauhkan lah kan.?

dahla kita hamba, nak tunjuk lagak. adu adui aduui. sedar ye aten. badan ni pun aku pinjam. huuu kerdil amat diri ini. :(

dan kesimpulannya, dengan belajar sains dan etc dapat meningkatkan kepercayaan dan sayang kita kepada Allah :) namanya, jihad fisabilillah. ini saja yang aku dapat sumbangkan kepada agamaku, Islam. duit dan harta aku tak ada. dengan adanya ilmu di dada, akan ku usaha untuk memartabatkan umat Islam. tak semestinya bidang lain tak macam ni. terpulang kepada individu punya pendapat nak menghargai dan mengaplikasikannya di masa depan dan untuk manfaat kita di dunia lain nanti ^^

selamat beramal. 
aten


Saturday, December 15, 2012

my saturday

assalamualaikum wbt. 

bulat-bulat?

satu kecik dan 8 bulatan besar?

after 30 minutes, 

i have another rose brooch . yeay! 

dahla buat benda ni atas lukisan isi burung puyuh yang tak siap. hahah :D  well oh well. boring kan :P belajar katanya.. 


daripada aku beli, baik aku buat sendiri :) nampak tak betapa banyak bunga di taman? hihi


boleh jadi hiasan beg yang tak berapa nak cantik :P kan?


dan lukisan aku pun dah hampir siap after buat bunga. hihi dua dalam satu. :)

happy saturday dan selamat beramal! :D







Friday, December 14, 2012

husnozon

assalamalaikum warahmatullahhiwabarakatuh :)

alhamdulillah shat je kan. baru rasa free sikit nak tulis. haha aku tipu. sangat tipu sebab selama ni ada je masa dan menghabiskannya dengan menonton ouran high school dan makan tak henti2. =.='

aku tadi ada lab session. bedah burung puyuh, katak, tikus dan ikan. but, sebab 10 orang satu group, kitaorang pecah2. aku ambik part burung puyuh. seriesly, penat! perlu konsentrasi yg tinggi supaya darah tak banyak keluar. tapi akhirnya, banyak juga sebab nak keluarkan jantung T_T dan untuk lab session kali ni. we do it with our own money. money money money. wei wei, memang lah kan agak pelik, aku study kat u tap lab session duit sendiri. well, semua tempat ada kekurangan dan kami satu kelas setuju untuk melakukan lab ini. alaaa, rm5 sorang je kot. berbanding reload rm10 habis 3 hari. hah? rm5 untuk long life experienced and it cheap. kan.?

aku kesian dengan burung tu waktu nak ambik blood sample. kawan aku nak juga ambik, tapi aku tak bagi sebab burung tu merontaa2 nak minta lepas lepas dengar 'kawan' dia punya suara waktu team lain ambik darah dia. wuuu T___T but after 30 minutes, aku yang gunting kulit dia dan mula disect. what to do. i do choose this pathway and i have to face it. 

dan sekarang, ada lagi 21 hari untuk final. aku sekarang tengah sebok menaip. yelah, nak update. kan? aku takut. tapi alhamdulillah sebab rasa takut ni aku sedar. dan waktu akhiir2 ni la macam2 benda berlaku.

kawan. sapa yang takde masalah tentang kawan? put ur hands up! aku ada masalah atau aku yang bermasalah dengan mereka. =.=' huu seriesly aku makan hati. tapi, tu la kawan. aku tak tau macaman nak 'ambik remeh' dan 'buat biasa2 je' bila berdepan.  takpe, terima kasih kawan. at least i know, u do concern about me secara tak langsung. hidup apa motif? bukan kerana seorang atau sepuluh orang aku dah jatuh. never ever. so, solusinya aku jauhkan diri. aku minta maaf kalau kehadiran aku buat korang rasa annoying. aku minta maaf. 

aku masih ada askar pertahanan, 10 orang kat belakang aku, keluarga tersayang. dan bakal jadi askar aku, beruang yang tak pernah2 jemu dengar aku membebel dan bagi nasihat. apa yang penting, mencuba yang terbaik untuk menjadi orang yang baik. kita tak rugi pun. kita untung apa. kan.?

husnozon. bersangka baik. walaupun apa yang berlaku. biar teguh, ku takkan rapuh, walau ramai mencemuh.  jihad fisabilillah :)

aten,