Tuesday, October 1, 2013

tak lama lagi kot

dah agak lama aku tak post apa-apa. sekarang ni aku tengah sibuk dengan macam-macam hal. maca-macam benda berlaku dari seawal kaki aku melangkah UNIMAS sampai sekarang. ponat denn. =.= 

minggu pertama je, aku pack unpack barang aku dalam 5-6 kali jugala dalam seminggu. penat aku cerita ngan kawan-kawan aku. huh =.= aku dah tinggal kolej lain dah. jauh sikit tapi masih dalam kampus. aku pernah hampir tetinggal bas dan aku pecut (dah pakai dress panjang sobs) dan terus naik bas yang ada. tau tau, bas salah -,- aku selamba je. dalam hati rasa nak nangis. nasib aku pegi awal sikit hari tu, terpaksa aku jalan kaki pegi fakulti. 

dan sekarang ni, aku uruskan final year project aku. sincerely, i don't even touch any journal when I'm on holiday except first and last week of it. huu menyesal amat saya =.= syukur alhamdulillah dapat supervisor yang memudahkan kerja aku. dia tolong aku tengokkan balik method yang aku suggest tu :P tak satu pun dia kata yang betul. umm betul kat sini bukan salah terus, kurang sesuai kerana terlampau detail. bukan tahap gitu lagi. haah kau, rasa nak master ke apa? (memang aku nak master!) jadi sekarang aku kena istiqamah dalam diri setiap hari aku mesti ada progress dan penambahbaikan. harus aten, HARUS!

dah satu lagi ni, aku dapat berita yang mengejutkan diri aku sendiri. agak penat nak memikirkan hal ni. bukan mengeluh ke apa, sebab susah nak berbincang depan mata sebab kalau dengar suara tak puas. nak tengok reaksi muka tu, baru kena sekali cakap :P aku duduk jauh dari familiy, henpon tak cukup nak menghubung mengasih menjalinkan ikatan yang patut disimpul. tak payah pakai segala di hujung jari!  apa yang aku cakap ni tentang perbincangan dengan mama dan family. sememangnya larangan keras dari bapa dan mama. tapi bila dah bincang elok2 dua pihak, boleh terima sikit. seriusly, aku kurang suka perbincangan jarak jauh. sangat banyak salah faham, ketidaksamaan, kurang penjelasan etc. you can name it! sangat banyak kurangnya, apapun. ada berita aku gitau juga. hm yang merunsingkan ni, tak lama lagi. haaa aku tak cakap bila tapi tak lama lagi mohon doa kalian semoga apa saja urusan dipermudah dan di bawah lindungan Allah ;)

yakin pada Allah. Dia maha tahu apa yang kita tak tahu :)

No comments:

Post a Comment