Tuesday, June 3, 2014

Pregnancy: Part 1 | syukur

assalamualaikum. 

dah lama sangat aku tak tulis apa2. rasa2 sibuk tapi tak juga. yelah, kata orang generasi Y ni sibuk lebih tapi taktau apa yang dorang sibukkan. eh?  nak tau tak? aku lagi tinggal 2 minggu lebih sebelum aku meninggalkan persekolahan aku. hehe aku dah nak habis degree woi! tapi lepas final exam, aku ada praktikal pula. jadi... takdela bebas terus but then at least aku free dari kelas :DDD 

dan sepanjang semester ini, aku rasa semester yang paling hectic, mencabar mental, iman dan intelektual, dan paling memenatkan. disambil aku menyiapkan projek tahun akhir aku, tulis tesis as requirement before grad.. aku mengandung. aku dah mengandung 14 minggu lebih sekarang. alhamdulillah syukur pada Allah. 

banyak sangat yang berlaku. waktu aku tau yang aku pregnant, aku tak gembira. sebelum aku cek pregnancy officially dekat klinik, aku dah cek pakai pregnancy test tapi negative. 2 kali aku buat. dah mahal benda kecik tu (yela aku masih student, rm6 is still counted for something that u just pissed on it :P). hekhek. tapi yang aku musykil waktu tu period dah lambat. aku tak pernah lambat berminggu, paling pun tak lebih 3 hari. tapi sebab dah test negative, aku buat dekk T_T 

dan sampai satu hari tu, lepas delayed 2 minggu ada bleeding. malam sebelum tu aku rasa sakit tahap taktau la. nangis begolek atas katil. rasa Allah je tau. waktu tu aku kat kolej. husband takde sebab jauh kan. sobs. dan bila bleeding, aku pegi cek kat klinik dan cek air kencing. it POSITIVE. aku pregnant. tapi serius, aku tak happy. bukan sebab anak or what. tapi sebab aku risau kenapa aku rasa sakit tahap begolek. aku ada buat research kat internet before jumpa Dr. dan simptom aku probably luar rahim.! lepas test positive, pegi jumpa dr. dia cek la pinggang. sakit tak? ada banyak darah tak? banyakla soalan dia. dah tu dia kata yang aku mungkin appendiks atau infection buah pinggang. aku pun berani tanya "ada probability tak saya luar rahim?" terus dia jawab "ye!" yakin sungguh doktor itu. aku tak gitau zul lagi. sebab takut kecewa. 

lepas pulang tu, malam dia aku rasa sakit lagi. as adviced by the doctor, kalau sakit pergi hospital terus. aku pun terus pegi. lewat jugala dalam jam 8 malam. aku pegi hospital kerajaan. waktu nak daftar masuk emergency tu, orang dia buat dekk. tak caya aku tengah sakit. aku cakapla aku sakit bla bla bla. dan lepas jumpa dr ni & dr tu. aku pegi scan. dan scan menunjukkan takde baby dalam rahim >.< hanya Allah tau. aku terus kena rujuk pegi pakar. entah berapa kali scan malam tu. dah lewat malam. at last, bila scan by pakar. ada 'something' dia kata tapi tak confirm sebab kecik sangat. dia kata lagi maybe dah keguguran. 

bayangkan, baru tau pregnant hari tu. dapat berita macam ni. depan kawan aku buat selamba. tak tunjuk reaction. tapi bila dah kol zul dan cuba bagitau benda ni. aku nangis macam budak. T_T dah tak malu nangis depan orang. zul risau tahap taktau nak kata apa bila aku kata aku kena admit dan maybe urgent surgery kalau luar rahim. 

tapi syukur pada Allah, jodoh dengan anak panjang lagi. Allah titipkan kami anak dalam kandungan di dengan selamat. aku bermalam 4 malam kat hospital. bosan bukan kepalang. taknak duduk dalam wad lagi =.=' 

dan sekarang ni, aku baru betul2 free memandangkan study week. dan aku tak daftar lagi baby aku kat KKIA. aku pasti kena marah nurse nanti. harap Allah lembutkan laa hati orang2 kat KKIA tuu. banyak lagi benda jadi waktu aku pregnant setakat. tapi tak terkata. tak tertulis. hiks

ada masa nanti aku sambung. k?

tu sebab aku buat part by part. hiks

salam

No comments:

Post a Comment