Tuesday, December 24, 2013

bukan luaran saja.

assalamualaikum

mesti sekarang ni bagi pelajar2 lain tengah mengadap nota. takpun tengah cari nota, download selagi mampu. tak kurangnya yang tengok movie sebab rasa tu jalan terbaik untuk melegakan ketegangan urat2 otak. hahak. aku pun juga. sekarang tengah layan on call dengan zul. hihi tadi lepas study 2 chapter, rehat kejap :)

dalam kita ramai2 kawan, mesti ada yang selalu study last minute tapi result dia gempak gila gila 0_0 even aku pun respect untuk orang gitu. 

"kau rasa dunia ni adil tak?"

bagi aku, dunia ni adil. Allah maha Adil saksama. aku terfikir juga kenapa diorang dapat begitu padahal kita semai apa yang kita tanam. begitula kata orang, kan? aku dulu cemburu dan berfikir serong juga sebab kenapa mereka begitu. huhu fikir balik, semua itu ada hikmahnya.

aku fikir balik, rezeki Allah luas. tak kira la gred banyak sikit, duit berlambak, gembira tak gembira. itu rezeki. Allah maha besar. walaupun dia lebihnya kepada gred, kita mungkin lebihnya bahagian lain. Allah maha tahu. Allah kurniakan kegembiraan pun rezeki. untuk menghirup udara ni, pun juga rezeki Allah. tak perlu jauh contoh, oksigen. kan?

macam orang sakit. kita tengok secara fizikal. dia sakit luaran. mungkin kita sihat dari luaran. tapi emosi, rohani, intelektual kita tak tahu tahap mana 'kesihatan' kita. kalau sakit luaran, kita boleh rawat dan bagi ubat, bagi 'dalaman' macamana? boleh ke? maknanya tak semestinya kita tak sakit tak demam kita boleh watlek watpis (ahh sudah orang selalu tulis macam ni, aku nak jugak T_T). lagi bahaya kalau kita tak sedar keadaan dan kondisi rohani dan jasad kita. 

jadi, apa sahaja yang kita ada dan kita miliki. syukuri. apa yang dibagi semua ada hikmahnya. memang ada sebabnya. kot kot kalau terlampau pintar jadi takbur, terlebih cantik terdedah. nauzubillah. sama2 kita tengok diri kita. selagi masa masih ada. 

bukan luaran yang menentukan kualiti kita. apa yang di dalam lagi penting. macam pokok buah, walaupun buah masak ranum, kita tak pasti samada kena bagi baja beracun atau tidak. samada ranum kerana racun atau semulajadi. kalau orang lain makan, tak ke kena effect juga? dapat tak? haa gitu. 

apa saja orang lain dapat, boleh kita jadikan panduan atau garis panduan tapi berusahalah. lepas tu tawakal. serah pada Allah. inshaa Allah tak kecewa :)


No comments:

Post a Comment