Thursday, August 4, 2011

redha

assalamualaikum semua..

uhh. cabaran puasa aku hari ne. macam2 aku dapat. bukan pasal lapar atau dahaga. tapi melibatkan perasaan. betapa sakitnya kalau kita pendam je perasaan dan tak bagitau sapa2? and bila kita dah confess. jawapannya negatif. huhh. sungguh buat aku rasa nak terjun dalam air terjun niagara tu. kecewa. sedih. sakit. macam2 ada. tapi tempat Allah aku mengadu. hanya Dia yang dengar luahan hati aku. benar, bila dah aku terhantuk baru mencari Nya. sungguh. . . 

aku buka pintu hati dan menerimanya dengan serendah-rendah hati. aku bersyukur kepada Allah kerana walaupun perasaan itu tidak dibalas tapi Allah masih bersama aku yang selalu melupakannya. T_T alhamdulillah. Allah masih anugerahkan nikmat yang tak terhingga kepada aku supaya sedar. apa yang aku mampu buat hanya berdoa. semoga Allah menjauhkan aku dari dia. semoga Allah berikan kebahagiaan kepadanya dan menganugerahkan suami yang baik hati dan sayang aku kerana Allah. aamin. :)

aku hanya mampu berdoa daripada menabur kasih kepada yang tak sudi. benar, sekarang bukan masa untuk bercinta. cukuplah masa silam yang pahit. cukuplah noda-noda hitam yang terpalit. Allah maha adil. itu yang benar. itu yang aku sedar. cinta kepadaNya saja yang yakni terbalas.

aku bertekad, tidak akan keluar lagi air mataku untuk mana2 lelaki melainkan lelaki tersebut menyayangiku keranaNya. sesungguhnya, umurku - 19 tahun belum cukup lagi ilmu di dada. banyak lagi ingin ku pelajari.

setiap yang berlaku ada hikmahnya kan? aku redha. apa yang sudah berlaku, telah pun tertulis takdir itu. Allah maha mengetahui. jadi, aku dan kita semua harus memikirkan apa yang lebih penting dalam hidup kita ini untuk bekalan kita nanti. 

salam.

p/s: aku tak pandai buat ayat tak skema kalau hal-hal patah hati ne. =.=

No comments:

Post a Comment