Sunday, October 26, 2014

Pregnancy: Part 2 | Morning sickness

Assalamualaikum.


Dah lama sangat kan aku tak update blog. Macam-macam yg berlaku. Sepanjang kehamilan aku ni. Hehe. Kalau kita tengok drama, kalau tau orang tu pregnant, mesti dia muntah-muntah takpun pening-pening kan? Waktu aku tengok drama macam tu, aku rasa macam. .. yeke sampai macam tu teruknya dorang muntah? Pening tak bangun-bangun. Hmm memang silap percaturan aku!


Sepanjang aku mengandung, waktu first trimester ya Allah ya rabb. Azab aku rasa. Sebabnya aku tak dapat makan. Memang aku boleh makan tapi makanan tu keluar balik. T.T series aku lapar gila tahap menggigil tapi perut tak terima. Aku Cuma terdampar di katil mengenang makanan yg aku terpaksa buang sebab dah basi dek kerana tak habiskan. Dah tu, aku memilih. Aku nak western food atau dessert sahaja! Maunya aku dapat makanan macam tu malam2 buta lagi-lagi aku kat unimas. Dah tak pandai drive T__T


Aku hilang banyak berat badan. Berat normal aku 55kg dan aku turun sampai 47kg! aku bukan saja nak menguruskan badan tapi apakan daya. Dah tu, kalau waktu pagi aku Cuma makan biskut. Tengahari aku makan buah je. Kalau bukan pisang, betik atau tembikai susu. Kalau malam makan roti je. Aku serius risau. Sebab aku kena makan ubat yg kena bagi (folate etc) tapi kena isi perut dulu baru makan ubat. Jadi aku makanla juga ubat tu lepas makan tapi aku muntahkan balik T_T sadiss sungguh penanganmu baby. Yang tak boleh blah, air kosong pun aku tak ngam. Kalau nak minum pun, mesti nak yang sejuk ajeee. Macam-macam kan? Sabar je. Kalau husband ada kat tepi. Maunya sakit jiwa. hahaha


Dan agak parah juga bila aku tak suka bau nasi, ayam, daging dan ikan! Aghhh aku nak makan apa. Aku jadi memilih tahap tak tahu nak kata apa. Kalau pegi pavilion (student café) aku pusing-pusing je.. kalau aku berkenan dengan makanan tu tapi ada bau pelik (entah memasal makanan bau pelik kan) aku akan balik ke rumah dengan tangan kosong. Dan end up makan biskut cicah ngan miloo T_T


Dan morning sickness aku ni berlarutan sehinggan awal second trimester. Syukur Alhamdulillah. Kalau tak, memang membazir makanan jela kerja aku setiap kali makan. Waktu aku balik rumah (dah habis study), family aku tekejut tengok aku kurus gila. Dorang kata aku tak macam pregnant 4 bulan. Perut kempis jekk. Hmm aku pun tak tauu. Tapi memang badan aku lemah. Tak boleh nak jalan2 sangat. Kalau lama sikit, aku pening. Aku ingat waktu aku praktikal. Kan waktu puasa, oleh sebab aku punya morning sickness teruk, underweight bagi orang mengandung, aku kurang hemoglobin.  So, waktu aku seronok berjalan tiba-tiba aku nak tumbang. Ya Allah, nasib aku sempat berpaut dan duduk kejap. Memang aku rasa nak pengsan. Sungguh aku tak tahan.


Syukur ahamdulillah sekarang ni, aku sihat walafiat. Darah aku cukup-cukup 12. Dan sekarang aku dah mengandung 36 minggu 2 hari. syukur pada Allah memanjangkan umur kami sekeluarga termasuk baby dalam perut ni. Sebenanrnya, morning sickness ni terpulang kepada individu juga. Ada yang biasa-biasa je da nada yang takda langsung! Tak tau aku nak kata apa. Allah bagi ujian bila dia tau kita mampu tangani kan? Jadi aku dah lepas dah ‘kemanisan’ mengandungkan anak pertama kami. Tak percaya aku berjaya harungi sobs.


Ni pasal morning sickness. Belum lagi tabiat pelik aku waktu pregnant ni. Hahaha nanti entry lain aku share ok? :D

Sekian,
Assalamualaikum.


Tuesday, June 3, 2014

Pregnancy: Part 1 | syukur

assalamualaikum. 

dah lama sangat aku tak tulis apa2. rasa2 sibuk tapi tak juga. yelah, kata orang generasi Y ni sibuk lebih tapi taktau apa yang dorang sibukkan. eh?  nak tau tak? aku lagi tinggal 2 minggu lebih sebelum aku meninggalkan persekolahan aku. hehe aku dah nak habis degree woi! tapi lepas final exam, aku ada praktikal pula. jadi... takdela bebas terus but then at least aku free dari kelas :DDD 

dan sepanjang semester ini, aku rasa semester yang paling hectic, mencabar mental, iman dan intelektual, dan paling memenatkan. disambil aku menyiapkan projek tahun akhir aku, tulis tesis as requirement before grad.. aku mengandung. aku dah mengandung 14 minggu lebih sekarang. alhamdulillah syukur pada Allah. 

banyak sangat yang berlaku. waktu aku tau yang aku pregnant, aku tak gembira. sebelum aku cek pregnancy officially dekat klinik, aku dah cek pakai pregnancy test tapi negative. 2 kali aku buat. dah mahal benda kecik tu (yela aku masih student, rm6 is still counted for something that u just pissed on it :P). hekhek. tapi yang aku musykil waktu tu period dah lambat. aku tak pernah lambat berminggu, paling pun tak lebih 3 hari. tapi sebab dah test negative, aku buat dekk T_T 

dan sampai satu hari tu, lepas delayed 2 minggu ada bleeding. malam sebelum tu aku rasa sakit tahap taktau la. nangis begolek atas katil. rasa Allah je tau. waktu tu aku kat kolej. husband takde sebab jauh kan. sobs. dan bila bleeding, aku pegi cek kat klinik dan cek air kencing. it POSITIVE. aku pregnant. tapi serius, aku tak happy. bukan sebab anak or what. tapi sebab aku risau kenapa aku rasa sakit tahap begolek. aku ada buat research kat internet before jumpa Dr. dan simptom aku probably luar rahim.! lepas test positive, pegi jumpa dr. dia cek la pinggang. sakit tak? ada banyak darah tak? banyakla soalan dia. dah tu dia kata yang aku mungkin appendiks atau infection buah pinggang. aku pun berani tanya "ada probability tak saya luar rahim?" terus dia jawab "ye!" yakin sungguh doktor itu. aku tak gitau zul lagi. sebab takut kecewa. 

lepas pulang tu, malam dia aku rasa sakit lagi. as adviced by the doctor, kalau sakit pergi hospital terus. aku pun terus pegi. lewat jugala dalam jam 8 malam. aku pegi hospital kerajaan. waktu nak daftar masuk emergency tu, orang dia buat dekk. tak caya aku tengah sakit. aku cakapla aku sakit bla bla bla. dan lepas jumpa dr ni & dr tu. aku pegi scan. dan scan menunjukkan takde baby dalam rahim >.< hanya Allah tau. aku terus kena rujuk pegi pakar. entah berapa kali scan malam tu. dah lewat malam. at last, bila scan by pakar. ada 'something' dia kata tapi tak confirm sebab kecik sangat. dia kata lagi maybe dah keguguran. 

bayangkan, baru tau pregnant hari tu. dapat berita macam ni. depan kawan aku buat selamba. tak tunjuk reaction. tapi bila dah kol zul dan cuba bagitau benda ni. aku nangis macam budak. T_T dah tak malu nangis depan orang. zul risau tahap taktau nak kata apa bila aku kata aku kena admit dan maybe urgent surgery kalau luar rahim. 

tapi syukur pada Allah, jodoh dengan anak panjang lagi. Allah titipkan kami anak dalam kandungan di dengan selamat. aku bermalam 4 malam kat hospital. bosan bukan kepalang. taknak duduk dalam wad lagi =.=' 

dan sekarang ni, aku baru betul2 free memandangkan study week. dan aku tak daftar lagi baby aku kat KKIA. aku pasti kena marah nurse nanti. harap Allah lembutkan laa hati orang2 kat KKIA tuu. banyak lagi benda jadi waktu aku pregnant setakat. tapi tak terkata. tak tertulis. hiks

ada masa nanti aku sambung. k?

tu sebab aku buat part by part. hiks

salam

Tuesday, December 24, 2013

bukan luaran saja.

assalamualaikum

mesti sekarang ni bagi pelajar2 lain tengah mengadap nota. takpun tengah cari nota, download selagi mampu. tak kurangnya yang tengok movie sebab rasa tu jalan terbaik untuk melegakan ketegangan urat2 otak. hahak. aku pun juga. sekarang tengah layan on call dengan zul. hihi tadi lepas study 2 chapter, rehat kejap :)

dalam kita ramai2 kawan, mesti ada yang selalu study last minute tapi result dia gempak gila gila 0_0 even aku pun respect untuk orang gitu. 

"kau rasa dunia ni adil tak?"

bagi aku, dunia ni adil. Allah maha Adil saksama. aku terfikir juga kenapa diorang dapat begitu padahal kita semai apa yang kita tanam. begitula kata orang, kan? aku dulu cemburu dan berfikir serong juga sebab kenapa mereka begitu. huhu fikir balik, semua itu ada hikmahnya.

aku fikir balik, rezeki Allah luas. tak kira la gred banyak sikit, duit berlambak, gembira tak gembira. itu rezeki. Allah maha besar. walaupun dia lebihnya kepada gred, kita mungkin lebihnya bahagian lain. Allah maha tahu. Allah kurniakan kegembiraan pun rezeki. untuk menghirup udara ni, pun juga rezeki Allah. tak perlu jauh contoh, oksigen. kan?

macam orang sakit. kita tengok secara fizikal. dia sakit luaran. mungkin kita sihat dari luaran. tapi emosi, rohani, intelektual kita tak tahu tahap mana 'kesihatan' kita. kalau sakit luaran, kita boleh rawat dan bagi ubat, bagi 'dalaman' macamana? boleh ke? maknanya tak semestinya kita tak sakit tak demam kita boleh watlek watpis (ahh sudah orang selalu tulis macam ni, aku nak jugak T_T). lagi bahaya kalau kita tak sedar keadaan dan kondisi rohani dan jasad kita. 

jadi, apa sahaja yang kita ada dan kita miliki. syukuri. apa yang dibagi semua ada hikmahnya. memang ada sebabnya. kot kot kalau terlampau pintar jadi takbur, terlebih cantik terdedah. nauzubillah. sama2 kita tengok diri kita. selagi masa masih ada. 

bukan luaran yang menentukan kualiti kita. apa yang di dalam lagi penting. macam pokok buah, walaupun buah masak ranum, kita tak pasti samada kena bagi baja beracun atau tidak. samada ranum kerana racun atau semulajadi. kalau orang lain makan, tak ke kena effect juga? dapat tak? haa gitu. 

apa saja orang lain dapat, boleh kita jadikan panduan atau garis panduan tapi berusahalah. lepas tu tawakal. serah pada Allah. inshaa Allah tak kecewa :)


ujian ni.

assalamualaikum. 

pejam celik pejam celik. aku dah di ambang final dah. aku tak sangka pula dah masuk semester1 tahun akhir. syukur. dan syukur, sudah 51 hari jadi suami isteri.
 mencabar tak? mencabar.

dulu sebelum kahwin, aku selalu juga merajuk, marah2 dengan zul (my lovely husband). aku asyik monyok memanjang. tutup handphone, takpun aku buat silent. sampai esok pagi. sekali esoknya, aku terlupa aku tengah marah, aku pula kejutkan dia subuh. hiks

dah kahwin, jadi suami isteri. everything have to be considered. aku jenis yang cepat melenting. hmp >;( risau juga dulu siapa la suami aku. tup tup. dia :D sepanjang lepas kahwin ni, ada juga suami aku datang kuching. lawat aku. walaupun hanya 2 hari (sabtu ahad), tapi memadai mengubat rindu. T_T sakit tau rindu! ee geli jiwang. haha waktu zul pegi sini, aku mengidam nak makan durian. sebab orang sebelah rumah selalu bawa durian (agaknyala sebab bau durian tak sudah2). jadi, aku asyik sebut nak durian. haha  tak tahan dengar aku sebut buah tu, dia bawa aku pegi kota sentosa. jarak nak pegi kota sentosa dari kuching agak jauh jugakla. dan dan kitaorang naik bas :D both of us takde lesen. dia sibuk memanjang waktu study. apatah lagi aku T_T tapi best gila kot. tak payah cari parking. murah! tambang hanya rm4 untuk 2 orang. hewhew.

jadi sampai kat kota sentosa, kitaorang cari durian. dah dapat. dan memang sedap. pada hari yang sama zul nak balik bintulu dah. haa waktu ni laa Allah nak uji hati dan iman aku. ditakdirkan takde teksi. walaupun bas. van pun takde. aku dah cuak. flightnya jam 5.30. waktu tu jam 3 lebih. aku dah fikir macam2. macamana kalau terlepas flight? ahh kesianla lagipun kerja esoknya. jadi, lepas try call dan jalan kaki cari. zul pun kata " kita jalan kaki jela. dekat je pun kuching sentral (kira nak ambik teksi kat sini untuk pegi airport) tu. tak sampai setengah 1km..." aku pun meragam. aku marah. sebab kenapa jalan kaki. berabis zul nak explain. aku tak puas hati juga. tapi aku jalan kaki juga. 

jalan punya jalan, hujan T_T ya Allah. betambah-tambah aku panas. ahh aku tension pun ada juga. aku bising sepanjang jalan. pastu, suami aku minta maaf sebab buat aku rasa susah. aku yang mental ni pun sedar. dah kira bersyukur suami aku datang jauh nak jumpa aku. boleh aje dia rehat kat rumah hujung minggu banding pegi kuching. aku rasa sangat bersalah. aku minta maaf sangat. rasa bersalah tahap T_T taktau nak sebut apa. huu tapi dia relax buat cool "takpe, abg maafkan. syg tak salah.."aku tambah rasa bersalah kot. huhu sampai kat airport, aku rasa kejap sangat masa berlalu. aku menangis tak sudah-sudah. tak nak lepas peluk. tapi zul pujuk aku. inshaa Allah ada rezeki, jumpa lagi. 

aku tau perangai aku gila-gila. syukur pada Allah sebab pinjamkan seorang suami yang penyabar penyayang lagi pandai menenangkan aku. haha. abg, ayg minta maaf tau banyak songeh :P

hihi. sabor je.

Tuesday, November 12, 2013

Alhamdulillah, isteri orang sudah ;)

assalamualaikum..

alhamdulillah syukur kepada Allah, tanggal 3 November 2013 bersamaan 29 Zulhijjah 1434H, aku sudah sah diijabkabulkan bersama hamba Allah, Mohamad Zulfadeli bin Ripan. :) 

tak sangka sudah sejauh ini. tapi masih jauh lagi perjalanan yang akan dilalui. ceh ayat :P 

hari ni sedih sangat sebab hantar hubby pergi bintulu. esok mula keja semula. seminggu lebih je masa terluang :( tapi hubby selalu pesan, "abg cari nafkah keluarga kita. memang abg nak stay tapi siapa cari nafkah untuk kita? kata nak abg rajin keja..." betul kata hubby. ehehe lepas kawen bolehla panggil abang, sayang baby etc. hiks. sebelum tu, hm aku kau lagi aku pakai. haha 

walaupun seminggu lebih je, tapi macam2 aktiviti. hihi 

  • Ahad: Majlis Nikah
  • Isnin: Balik Bintulu (ikut suami balik hometown sebab cuti limited)
  • Selasa - Khamis: Stay di rumah suami. hihi sikit sebanyak dapat juga merasa jadi isteri, sedia baju suami, cium tangan sebelum pegi keja, balik rumah sedia makan, pakaian lepas mandi dia. hiks suka sangat. senyum untuk suami pun pahala :)
  • Khamis malam: Bertolak pegi Kuching, ambik bas malam sebab lepas hubby keja baru jalan. 
  • Jumaat: Teman hubby ambil jubah konvokesyen :) & malam tu pegi steambot! yeayy
  • Sabtu: Dating dengan hubby area Kuching Waterfront :D
  • Ahad: Hubby konvokesyen ^_^
  • Isnin: Teman hubby pegi unimas nak pulangkan jubah, tapi blackout so tak boleh. kesian sayang.
  • Selasa, today: Hantar hubby balik. Aku nangis juga hantar hubby. tahan rasa sangat. tapi dia tak nangis. nak tunjuk macho lettew. hehe abg sayang memang machoo :P


see? banyank kan. semput tak semput. kami suami isteri pun demam minggu lepas. alhamdulillah sihat sudah :) syukur juga, hubby sudah menjadi graduan unimas, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan. as a wife, I am very proud of you! tak graduate lagi hubby dah keja. hihi semoga sentiasa jadi engineer yang bertanggungjawab. k sayang? :D


waktu sayang konvo hari tu, ramai orang tanya yang hubby pakai pakaian apa. ni pakaian pentauliahan waktu hubby dah habis kursus ketenteraan semasa jadi pelajar unimas. waktu konvo hari tu pun, waktu nama hubby kena panggil sekali dengan title " Leftenan Muda Mohamad Zulfadeli bin Ripan" 


Let the pictures says it all.

Ya Allah, syukur padaMu kurniakan aku peneman hidup yang tidak pernah kenal jemu. Rakan, doakan kami bahagi dunia akhirat, dipanjang usia yang bermutu dan bersama hingga ke syurga :D 

Abang, I miss you already ;(